Saturday, December 22, 2012

20122012 : MAMA CHOP PAPA GRILL

assalamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayang. hekhekhek.

201212. tarikh idaman setiap pasangan yang bercinta untuk berkahwin. bukan senang nak dapat tarikh yang lawa macam ni. tapi apelah sangat tarikh yang cantik. tarikh tak cantik pun takpe, asalkan ianya mempunyai maksud yang indah. ^^

so semalam kitorang pergi celebrate birthday adik bongsu aku luqman hakim. dah menjadi tradisi keluarga kalau birthday je akan keluar makan and beli kek. disebabkan adik aku ni ayam maniac hahahaha, maka dia pun pilih restoran "mama chop papa grill" untuk celebrate birthday dia. iye, dia memang demand. ikut siapa lah tu. hihi. -.-'

santapan harini from "papa chop mama grill"

mak : nama dia "mama chop papa grill". kenapa mesti mama yang kena chop, kerja tu kan lagi susah dari grill. tapi kenapa papa yang grill ? 

kitorang : hahahahhahaha. mak mak. -_____-'


rasa dia boleh tahan sedap. actually dah pernah makan sini banyak kali so nothing yang really special pun. cuma memang sedap. sangat direcommend untuk makan sini ! aku bagi 4.5 bintang. :P cuma aku kurang suka rasa ikan salmon. maybe sebab aku memang taksuka ikan salmon sejak azali lagi. :3


tiada dalam gambar : ain (still kat uitm). mak (mak malas nak amek gambar -.-')
untuk luqman hakim:
kepada luqman hakim yang tiap-tiap hari suka cari gaduh, happy birthday. semoga hakim jadi seorang yang berjaya dalam hidup and jangan cari pasal dengan nana kat rumah lagi. sebab kalau hakim tiap-tiap hari cari pasal, nana pun tiap-tiap hari menjerit and mengamuk.  hihi. semoga hakim makin fasih berbahasa cina and english. jangan malukan kakak2 hakim. hihi.


acara memotong kek


walaupun dah terlambat 2 hari. tapi tetap nak wish jugak kat sini. gambar ni je yang jumpe kite berdua. yang lain semua gambar ramai2. lepasni jom selca banyak2. hikhik. so kepada kak najaah :

selamat hari lahir yang ke teetttttttttttttttttttttttttttttt umur dirahsiakan. beliau tidak mahukan me'reveal umur beliay yang sudah agak tua  tu (eh yeke?hhihi). semoga kite same2 lulus dalam exam yang lepas dan berjaya di setiap sem time degree. semoga akak dah tak sakit2 lagi. sihat walafiat sentiasa. last sekali, ni wish yang paling penting. hikhok. semoga akak dapat mempercepatkan perkahwinan dengan orang yang dicintai, tuttttttttttttttttt. :p



Wednesday, November 21, 2012

SIAPA CAKAP BELAJAR BAHASA TU SENANG ?

assalamualaikum.

soalan pertama, siapa rasa belajar bahasa tu senang ? kalau rasa senang, jawab soalan kat bawah ni. kalau rasa susah, pun kena cuba jugak jawab soalan kat bawah ni. muehehehhe. 

fill dis blank wit YES or NO
1._________i dont have a brain
2._________i dont have a sense
3._________i am stupid

dapat jawab ? mampu jawab ? aku sendiri sebagai pelajar bahasa pun tak dapat jawab. *motif?* tricky kan ? eheh.

ape yang aku cuba untuk sampaikan ialah belajar bahasa pun sama susahnya macam belajar aliran sains. aku tau ramai yang memperlekehkan bidang bahasa ni. yelah, bagi orang ramai, siapa yang amek aliran sains tu hebat. aku akui memang hebat pun sebenarnya. hehe. tapi, tak wajar kalau kita compare aliran bahasa(sastera) dengan aliran sains. 


sastera atau sains. dua-dua ilmu.


pandangan SESETENGAH orang pasal aliran sastera :

1. eh dulu dia bukan budak sains ke kat sekolah dulu ? apsal tiba2 masuk aliran sastera plak kat universiti ? ni mesti SPM lingkup.

2. pelajar aliran sastera dapatstraight A SPM: elehh belajar masuk aliran sastera, memang lah snang dapat straight A. cuba masuk aliran sains, tengok lingkup ke tak.

3. pelajar kos sastera dapat anugerah dekan/4 flat: aliran sastera memanglah senang nak dapat 4 flat. cuba kalau dia masuk aliran sains. confirm 3.0 pun tak sampai.


enough with pandangan skeptikal sesetengah orang terhadap aliran sastera. sebenarnya belajar semua pun susah, mana ade yang sennag dalam dunia ni?. kalau senang, takdelah orang susah payah struggle untuk study ye dak ? 

saains, sastera, bahasa. semua susah. cuma tahap kesusahan dia berbeza bagi setiap individu. macam aku tengok buku engineering kawan aku, aku rasa susah gile. dan bila dia tengok buku grammar(tesl) aku, dia cakap susah gile and tak paham langsung. takde issue pun yang sains lagi sennag or sastera lagi senang. jadi, kalau yang amek aliran sastera, janganlah memperlekehkan yang amek aliran sains. yang amek aliran sains, jangan memperlekehkan yang amek aliran sains. *aman damai dna harmoni*






Sunday, November 18, 2012

MCD. GAZA ?

assalamualaikum earthlings !

kalau korang perasan, lately kecoh sangat pasal hal mcd ni kan ? yang mcd menyumbang kepada israel dan bla bla bla. banyak yag menyokong supaya kite boikot mcd ni, tapi ade jugak yang melenting kenapa kite mesti boikot mcd. macam2 kan ? lepas keluar isu boikot mcd ni, pihak pengurusan mcd malaysia dah mengeluarkan satu kenyataan. sila rujuk kepada gambar di bawah. :)

{SUMBER}
secara ringkasnya pihak mcd malaysia explain yang sebenarnya mcd malaysia ni memang diusahakan oleh malaysia sendiri. keuntungan, pekerja dan sumber bahan semua dari malaysia. dan dorang jugak ade buat kebajikan dan amal jariah dengan keuntungan yang dorang dapat. jadi ape yang cuba disampaikan ialah, kalau semua boikot mcd, 8000 pekerja dorang akan menganggur ?


itu penjelasan daripada pihak mcd. kite tengok plak hujah dari aqsa syarif. aqsa syarif ni kira pertubuhan berprofil sukarela berasaskan kemanusiaan. nak tau ape tu aqsa syarif bole tengok kat SINI



"... Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun seti
ap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot. ..."      [SUMBER]


sekarang kite dah tengok penjelasan both dari pihak mcd malaysia dan pandangan pihak aqsa syarif. jadi kita masing-masing dah besar kan, jadi kite fikir sendiri lah ye ? hehhehe. boikot atau tidak, itu pilihan masing-masing ye. ^^

aku boikot ke tak ? jawapannya ialah aku memang tak berapa gemar makan mcd. makan pun kalau kawan ajak je. jadi kalau langsung tak makan mcd, rasanya aku tak mati kot. banyak lagi makanan yang sedap-sedap kat malaysia ni. ^^ plus, mcd fast food and membahayakan kesihatan. ade hikmahnya jugak if boikot kan ? dapat jaga kesihatan sekali. hewhewhew.

 
"Ya Allah. Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin."








Thursday, November 15, 2012

CONTEST: SAYA SAYANG KAMOO SAHABAT

"Friendship is a single soul that dwelling in two bodies."


i have decided to join this contest by DIDIEY . jom lah join ramai-ramai. sebagai tanda sokongan sebagai rakan se-blogger. :P syarat-syarat penyertaan boleh rujuk kat blog dia eh. syarat-syarat dia simple je, don't worry.  :)


kalau nak cakap manusia yang bergelar sahabat, sampai umur 80 tahun pun tak habis-habis cerita lagi. terlalu banyak yang boleh diceritakan pasal sahabat. kenangan manis bersama, saat suka duka dan banyak lagi.tapi, bukan semua kawan yang boleh digelar sahabat. sahabat dalam kamus hidup aku ialah orang yang bersama dan ada di samping kita di sata kita susah dan senang.

bile sebut pasal sahabat, banyak orang yang muncul di fikiran aku. tapi aku pilih gambar aku bersama dengan sahabat yang bersama nufa. maybe sebab aku rasa gambar ni cantik dan natural sket ? kikikiki. si nufa ni sama camwhore macam aku, so kitorang memang banyak gambar bersama. hehe.

walaupun aku letak gambar nufa, tapi anggaplah dia sebagai wakil sahabat-sahabat yang lain. fatin, tasha, najaah, hawa dan lala. sahabat-sahabat aku di maktab. kenapa dorang layak digelar sahabat ?

pahit
manis
senang
susah
konflik

semua tu kitorang lalui bersama kat maktab. kalau sebut pasal konflik, memang banyak konflik antara kitorang sejujurnya, banyak sangat. #EhYeke. hihi. walaupun banyak konflik, tapi kiorang tetap teguh sebagai sekumpulan sahabat. mungkin ada banyak salah faham itu ini sana sini, tapi semua tu takde bagi kesan kat persahabatan kitorang. kitorang tetap berkawan. 

"sahabat yang sebenar ialah sahabat yang mempunyai banyak konflik tetapi tetap berkawan dan cuba menjadikan konflik sebagai cabaran dalam persahabatan."

sahabat sememangnya penting dalam kehidupan. kepada sesiapa yang kata takkan mati tanpa kawan, anda memang betul. tapi.... tanpa kawan kite takkan mati, tapi hidup akan sentiasa dalam kesunyian. dorang lah yang menjadi pengubat hati bila kita tengah bersedih. :)


 tag :
nufa 
hawa
najaah




Friday, November 2, 2012

PEREMPUAN YANG BERTUDUNG LAGI TERUK PERANGAINYA ? :)

anneyong-haseyo
*feeling ala-ala korea lagi*

tengah syok-syok online fb, tiba-tiba nampak benda yang tak menyenangkan kat home fb. sedih tengok orang yang macam neh. kesian pun ade. tapi, siapalah aku untuk judge mereka neh. tak lain tak bukan, asyik-asyik isu tudung dan tak bertudung yang ditimbulkan. isu yang dah basi you knowww. 


TAK FAHAM KENAPA RAMAI PLAK YANG LIKE STATUS TERSEBUT. ADAKAH MEREKA MENYOKONG SEKALI KENYATAAN TERSEBUT ?    T__T


tidak semestinya macamtuh. oke senang cerita macam ni lah. perangai seseorang takde kaitan dengan cara pemakaian dorang. kalau pakai tudung, tak semestinya perangai baik. yang tak pakai tudung tak semestinya jahat. tapi yang dah semestinya, atleast orang yang pakai tudung dah cuba untuk cover aurat dorang *dalam kes ni ialah rambut*.



persoalannya, kenapa mesti perangai orang yang bertudung yang asyik dipersoalkan walhal perangai orang yang bertudung dengan yang tak bertudung same je kadang-kadang ? semuanya disebabkan persepsi terhadap orang yang bertudung dan tidak bertudung. orang yang bertudung haruslah baik macam angel. sangat klise. disebabkan persepsi macam ni, jadi bila orang yang bertudung buat hal sket je, terus ramai-ramai mengecop yang " YANG BERTUDUNG ITU LAGI TERUK DARI YANG TIDAK BERTUDUNG ". sadis aku tengok.

tak kisah lah pakai tudung sebab mak ayah paksa ke or sesape paksa. asalkan dorang sudi untuk pakai tudung. macam aku sendiri, mula-mula, ya, aku memang aku kena paksa pakai tudung. bukan lah paksa macam "kalau ko tak pakai tudung siap ko aku sembelih". ohh tidak tidak. semestinya bukan macamtuh. maksud aku, nasihat untuk pakai tudung. so, aku pakai tudung. lama-kelamaan, diri sendiri jadi ikhlas nak pakai tudung and rase macam awkward plak nak freehair balik. yang suka pakai lilit-lilit tu plak tu hak dorang, jadi tak harus dipertikaikan. pakai tudung yang lilit-lilit pun, atleast dorang pakai. *biarawati yang dok kat gereja tu ade ke pakai yang lilit-lilit ? * o.O

i'm wearing hijab. but i'm not as angelic as an angel nor as evil as a devil. :)

jangan menilai seseorang berdasarkan penampilannya. dan jangan jugak menilai semua orang berdasarkan hanya seorang yang membuat silap. kerana nila setitik, habis susu sebelanga. siapalah kita untuk judge orang kan ? :)








Monday, October 1, 2012

LADY GAGA, BRITNEY SPEARS, RIHANNA BERTUDUNG ?

lady gaga, britney spears, rihanna



comel kan lady gaga, britney spears and rihanna bertudung ?
my favourite is britney spears. 
beliau sungguh comel, kan kan kan ? *please cakap comellll* :P
kalau betul satu hari nanti dorang bertudung, alhamdulillah. ^___^




Sunday, September 30, 2012

PEREMPUAN, JANGANLAH TERLALU... :)




Wahai perempuan, janganlah TERLALU ....

1. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur
 

2. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat.
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
 

3. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
 

4. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.
 

5. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
 

6. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.
 

7. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
 

8. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.
 

9. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

10. Terlalu takut
Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas.

 boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

11. Terlalu kerap terkejut

Merosakkan pundi hempedu.
Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

12. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih 

(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, 
semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

13. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

14. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan 

menimbulkan berbagai penyakit jiwa, 
kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

15. Terlalu banyak berdiri
Merosakkan tulang.
urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa menjadi basah.

perempuan. :)

kesimpulan yang aku dapat dari artikel ni ialah kite tak boleh selesa sangat dengan sesuatu perkara. kadang-kadang, kite selesa sangat duduk sampai malas nak berdiri. kadang-kadang kite selesa sangat baring, sampai kite malas nak duduk. jangan selesa sangat dengan sesuatu perkara, usatu hari nanti kite akan merana bila hilang keselesaan tu.

jauhkan diri daripada benda-benda negatif macam marah, sedih dan sebagainya. semua tu bukan takat membahayakan kesihatan fizikal, tapi membahayakan kesihatan mental jugak. yelahh, bila selalu sangat sedih, marah2, lama-lama jadi depressed. lepas depressed, masuk hospital tanjung rambutan. lagi 1, bila kite selalu marah2, orang sekeliling pun sakit hati jugak. :P

assalamualaikum. :)










Thursday, September 20, 2012

SPECIAL VIDEO FROM SPECIAL FRIEND. ;)





my birthday is on the 9th september but SHE gave me a little bit late, which is today.
 but, i still feel so touched when i saw this video. hihi. 
thank youuuuu. ;')

Wednesday, September 19, 2012

SYAWAL 2012 : YELLOWISH

assalamualaikum.
it's kinda late to post about syawal because it's not syawal anymore. i've been busy with a tones of assignment + sambutan kemerdekaan. but i will still post it anyway. :P this year syawal was dull. i'm not sure if i'm the only one who felt this way. hurmmm. basically tahun ni aku banyak mengahabiskan masa di dapur untuk tolong memasak, potong daging, uruskan kuih dan makanan. ini kira macam first time lah aku buat benda2 ni kat kampung. so, i'm proud of myself *hidung kembang kempis*. disebabkan busy sangat dengan urusan dapur, jadi memang tak pegi raya sangat pun. raya tak sampai 5 rumah pun. sadis betol tahun ni. -.-' gambar pun sket tak macam tahun2 yang lepas sebab masing-masing mood takdee nak raya. :P

tema tahun ni ialah kuning. ^_^

forgot to bring suitable tudung. end up wearing this unmatched tudung. errr.

the ayah

the emak. sambil membuat gaya sepesen.

ketawa tak ingat dunia lepas masing-masing rasa kelakar lepas buat macam2 pose tak senonoh. ekekek. *maaf muka adik ku yang entah ape2 di situ*

big sis.

sis. try to do emotionless expression.

my bro. cheerful as always. ^_^

motif ? nak tunjuk kain ku yang dikatakan pelik oleh adik-beradik. -.-'

cuba pose ala ala poyo. orang yang tukang amek gambar ni haa yang tak tahan nak amek gambar2 mereka yang poyo. -.-'

tahun ni cuti raya aku telah diamek oleh pihak yang mewajibkan pelajar IPG join sambutan kemerdekaan. not really sambutan kemerdekaan, tapi himpunan janji ditepati. which i think wasting my holiday. anddd tak puas hati betol bila most of the people cakap taknak bagi aku duit raya sebab aku dapat elaun maktab. ohh mengapakahh ? ini tidak adil ! huahuahua. :P takpe, kite dah umur 20 tahun, dah besar dah, tak main duit raya ni. duit raya untuk budak kecik je. hmpppphh. :P

Tuesday, September 18, 2012

HIMPUNAN JANJI DITEPATI : GREAT PROJECT WITH COMPLICATED + USELESS EQUIPMENTS

assalamualaikum
it's kind of late to update about this. but who cares ? it's my blog. hihi. okayyy. firstly, we were told that we've to go to sambutan kemerdekaan for 1 week a few days after raya *compulsory erghhh*. but at the end, it turned out to be "HIMPUNAN JANJI DITEPATI", not the real sambutan kemerdekaan. errrghh adakah ini propaganda politik ? *just thinking, please don't sue me :P* let's enjoy the pictures during the day.

sort of registration kot kat stadium bukit jalil. snap picture sempena kejakunan tak pernah pergi sini. :P
basically, these are the equipment needed for that day. leceh nak pasang bagai.
the conductor : abg kerol (left) abg azad (right). both from our IPG. woot woot !
this is what we're going to do. main tenyeh2 button je mengikut skrip. sungguh tidak mencabar -.-'
hasil pada permulaan latihan. :)
dipersembahkan dengan a few persembahan including a few artist such as yuna and faizal tahir. :P
makan maggie untuk menambah tenaga. ^_^
amek gambar sempena hari yang sebenar. ^_^
salah satu hasil pada hari sebenar. :)

* the equipments were lousy. yeahhh. broken here and there. and it's kinda leceh to set up that thing. i wonder why they didn't just build up a big led screen there instead of wasting so much money on a few thousand of small led scree. -.-'
* during d-day, at first, the person in charge don't allowed us to go perform magrib's prayer because the event was about to start. but luckily at the end, they gave us permission to perform our prayer. the surau was so small and ____ . erghhh. so, we've to find a clean place and just randomly pray there. yeahhh, we pray on the street. darurat kan. :)
* all songs played during the day mostly is about our PM. praising our PM and something like that. and we was like "lagu mengampu gile kot PM". so, lagu banyak tak best. hihi.

Monday, August 27, 2012

PARODY OF OPPA GANGNAM STYLE BY FLYFM - #SUPERKAMPUNGSTYLE. :P

have you watched the original version of "Oppa Gangnam Style" ? the so-called "horse riding dance" was so cool. :P i found another parody of oppa gangnam style which is super funnyyy you know. you can find the trending on twitter. #SuperKampungStyle. here is the video. enjoy. don't laugh too much. hihi. *see the lyrics pleaseeee.  :P

#SuperKampungStyle



Wednesday, August 8, 2012

TURN INTO A VAMPIRE BECAUSE OF STRESS. :)

my friend's stress face. and i add on her stress by snapping picture. ekekke.

we're really stress right now. 
there are about less than 1 hour to prepare for our forum. 
honestly, i just prepared my script on this morning on social studies's class.
i hate forum.
pray for me, pray for us.
pray for me, so that i can get high marks. hihi. :P


see her teeth. she turn into a vampire because she was too stress. hahaha.
 so, pray for us before her vampire-disease become worst. :P


Thursday, August 2, 2012

REMINISCING THE GOOD 'OLD' DAY : JALAN TAR. :)

me and fatin with 'cover ayu pose'  and hawa with her annoying facial expression. :P

find some pretty baju raya for atingg to choose. but she is not even looking at the clothes. -.-'

fatin's feels annoyed waiting for me choosing the lipstick. :P

testing the lipstick's colours. :P

tired already. *look at the expression of the girl on the right side.  hihi.

continue our journey. :)

shopping for the last item(s) here. belts. :)

Friday, July 27, 2012

SOFTBALL DI BULAN RAMADHAN. :)

assalamualaikum

harineh ade sofball. dan harineh jugak lah hari yang paling memenatkan sepanjang aku berpuasa. penat sampai tahap dehydrated and jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk. sunburn jangan cakaplah. memang berbelang dah tangan dengan muka neh. :P

balik dari kelas, tiba-tiba jumpa water cooler and terdetik hati nak basuh tangan kat situ. arghhhh nikmatnya bila kulit dibasahi dengan air sejuk. walaupun ianya hanya air masak, tapi sangatlah tempting. nasib baik tak batal posee. hihi. maka KAMI pun menyapu-nyapu air sejuk tu kat dahi, leher and perut dengan harapan konon dapat hilangkan dahaga. hampehh betol. ekekeke.

gaya-gaya unggul pemain-pemain softball. hihi. :P

 btw, harineh aku happy dapat bawak motor. pinjam motor ewan setelah dipujuk. punyalah takut kitorang rosakkan motor kesayangan dia tuh. don't worry okehhh kami pro cuma takde lesen. kikiki. dah lama tak bawak motor and dah lama jugak tak naik motor. mak aku melarang sekeras-kerasnya bila aku cakap nak bawak motor or amek lesen motor. *kecewa* takpelah, larang maksudnya sayanggg. hehehe. :P

posing dengan perkakas softball. konon macam pemain softball profesional. eheh.


*badan aku rasa lemah sangat harineh. aku start batuk-batuk selesema and sekarang aku mula rasa sesak nafas. sesak nafas sebab aku makan budu banyak sangat kot dalam nasi kerabu tadi. :P




Wednesday, June 20, 2012

1ST ANNIVERSARY. :)


 20 . 06 . 2012
GENAP SETAHUN BERGELAR PELAJAR IPG. 
HAPPY 1ST ANNIVERSARY ! ^o^


Sunday, April 22, 2012

PENJENAYAH BERBAHAYA

GEMPAR !

"Man Kuchai, penjenayah yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat lalu adalah individu berbahaya kerana dia dipercayai memiliki pistol dan bersikap agresif apabila terdesak. Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan, suspek itu melarikan diri dari kompleks mahkamah selepas berjaya mengeluarkan tangan daripada gari semasa menyimpan barang dalam loker di lokap mahkamah."

okayyy, pernah dengar tak pasal berita neh ? pasal penjenayah berbahaya yang baru terlepas tuh ? nak dijadikan cerita, last week gempar kat kolej kediaman aku yang ade orang pecah masuk melalui tingkap pada pukul 4 pagi (time orang semua nyenyak tidur). orang yang pecah masuk tersebut dipercayai bertujuan untuk merogol si mangsa. tapi si mangsa bernasib baik. si mangsa sempat menjerit dengan begitu kuat sehingga penjenayah itu ketakutan lalu melarikan diri. 

what if perempuan tuh tak sempat menjerit ? hurmmm.

apa yang menakutkan aku ialah tempat kejadian betol betol berada kat bawah bilik/level aku. bayangkan betapa dekatnya tempat kejadian tuh dengan aku. haihhh. sekarang aku agak takut untuk berseorangan. lagi-lagi bila aku nak pergi tandas tengah-tengah malam. risau. takut.

moga penjenayah tuh berjaya ditangkap dan takkan kembali ke sini lagi. aminnn.

muka penjenayah tersebut. berhati-hati.




Thursday, April 19, 2012

RELIEVED !

our 'happy' faces to present. :P

two words that i said right after the oral presentation --------------> fuhhh. lega !

well, it's my most nerve-cracking moment. i was shaking all the time. i swallowed my saliva deeply. i couldn't remember what i should said. the speaker didn't work so well. there are some noise from outside so i have to speak louder. but my voice is naturally slow. so many challenges that i've to face. now, it has ended. alhamdulillah. i hope i can get a high mark for this although i did not present as good as others. :)





Thursday, April 12, 2012

PSYCHOLOGY IN REALITY. :)


WHEN a person laughs too much, even on stupid things, be sure that person is sad deep inside. ( is it ? i laugh when i'm sad, and i also laugh when i'm really happy. so, this theory can't be trust 100%. :p )
 
WHEN a person sleeps a lot, be sure that person is lonely. ( is it ? well, i sleeps a lot because i'm sleepy and tired and maybe boring. i don't think it's because i'm lonely. :P )

WHEN a person talks less, and if he/she talks, he talks fast, then it means that person keeps secrets. ( is it ? i think a person talks really fast only when he/she is nervous about something. something that make us really nervous such as lying or do a presentation. :P )
 
WHEN someone can't cry, that person is weak. ( is it ? if someone can't cry, that means he/she is stronger that the ones who cried. don't you think so ? :P )
 
WHEN someone eats in abnormal way, that person is in tension. ( is it ? maybe that person eat in that way because he/she is hungry. or maybe the food is too delicious ? :P )
 
WHEN someone cry on little things, it means he/she is innocent and soft hearted. ( is it ? okayy, i'm agree with this one. :P )

 WHEN someone gets angry on silly or small things it means he/she is in love. ( is it ? ohh hoo, i'm against this one. people get angry because she/he's not in the mood lahh ? or somebody annoys him earlier ? that's why lah he/she gets angry on silly things. i did that when i'm not in the mood ! :P )


 

Sunday, March 18, 2012

KEMBALI KE SINI.

assalamualaikum
habis sudah cuti selama seminggu. iya, cuti aku sama macam budak-budak sekolah. bakal cikgu untung kot sebab banyak cuti ? tapi sayang semua cuti pendek-pendek belaka. tak macam budak IPTA yang cuti berbulan-bulan. still, aku bersyukur sebab diberikan cuti. :) cuti dah habis, fokus balik pada aktiviti maktab. kerja yang menggunung sedang menunggu untuk disempurnakan.

berada di kampung tercinta. takdelah bosan sangat balik kali neh. :P


yang tak best :   ☠  
kawan-kawan aku semua tak cuti. forever alone. :|
cuti seminggu je. tak sempat nak buat ape-ape sangat.
kena balik kampung. hehe. 

yang best :  {^◕‿◕^
dapat jumpa family
dapat tidur puas-puas
dapat makan puas-puas
dapat makan sana sini
dapat pergi sana sini
ade kereta, xpayah susah-susah nak naik teksi
jimat duit.
unlimited internet access
dapat kacau adik-adik. ekekeke.
dibelikan banyak barang

#banyak kelebihan bila ada kat rumah. alahaiiii berat sangat hati nak balik. :) 
#hp samsung aku hilang otw balik KL tadi. nasib baek bukan c3. :p
#semoga saya dapat berjumpa dengan johor bahru dalam masa terdekat. homesick dah neh. :)