Sunday, April 22, 2012

PENJENAYAH BERBAHAYA

GEMPAR !

"Man Kuchai, penjenayah yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat lalu adalah individu berbahaya kerana dia dipercayai memiliki pistol dan bersikap agresif apabila terdesak. Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan, suspek itu melarikan diri dari kompleks mahkamah selepas berjaya mengeluarkan tangan daripada gari semasa menyimpan barang dalam loker di lokap mahkamah."

okayyy, pernah dengar tak pasal berita neh ? pasal penjenayah berbahaya yang baru terlepas tuh ? nak dijadikan cerita, last week gempar kat kolej kediaman aku yang ade orang pecah masuk melalui tingkap pada pukul 4 pagi (time orang semua nyenyak tidur). orang yang pecah masuk tersebut dipercayai bertujuan untuk merogol si mangsa. tapi si mangsa bernasib baik. si mangsa sempat menjerit dengan begitu kuat sehingga penjenayah itu ketakutan lalu melarikan diri. 

what if perempuan tuh tak sempat menjerit ? hurmmm.

apa yang menakutkan aku ialah tempat kejadian betol betol berada kat bawah bilik/level aku. bayangkan betapa dekatnya tempat kejadian tuh dengan aku. haihhh. sekarang aku agak takut untuk berseorangan. lagi-lagi bila aku nak pergi tandas tengah-tengah malam. risau. takut.

moga penjenayah tuh berjaya ditangkap dan takkan kembali ke sini lagi. aminnn.

muka penjenayah tersebut. berhati-hati.




2 comments :

  1. Arghhh, takutnya. Ya Allah, moga kita dilindungi dari bahaya sentiasa. Amin.

    ReplyDelete
  2. scaryyy !!
    jge diri awok baik2 ye dik

    ReplyDelete