Saturday, June 25, 2011

IPGM : MINGGU ORIENTASI. ^o^

assalamualaikum. ^o^

seriously minggu orientasi ialah minggu yang paling aku benci sepanjang hidup aku. jap jap, ada ke orang yang suka minggu orientasi ?abnormal betol. ekekeke. 

HARI PERTAMA (20.06.2011)
aku start mendaftar pada pukul berapa eh ? dekat-dekat pukul sepuluh kot. lambat sket sebab tersesat pergi IPG kampus pendidikan khas, padahl aku pendidikan teknik. hehe. lepas tuh macam biaselahh angkat barang kemas-kemas semua kat bilik. memang dugaan. why every time aku mesti dapat kolej kediaman yang paling jauh and paling atas eh ? nate btol. saje letteww nak bagi aku kurus. ekekeke. malam ade taklimat berkenaan dengan minggu orientasi. diwajibkan memakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung bawal putih. okayy, semua tuh aku tak bawak. sengal ! haha. untuk sesi ice breaking plak boleh lahh dikatekan best. setiap kumpulan kena bagi wakil untuk suara paling merdu and paling comel. aku jadi wakil untuk paling comel tapi TAK MENANG ! budak lelaki yang buat aksi nyah plak manang. kalau tau aku pon nak buat aksi nyah sehh. siott. haha.

HARI KEDUA (21.06.2011)
aku bangun seawal 4 pagi untuk mandi. first time you know !! haha. dalam jadual tulis pukul 5 pagi kena pergi surau jadi aku bangun lah awal kan. last-last pukul 5.45 baru start program kat surau. cisss sengaja letteww nak aku bangun awal. aku siap sempat online lagi. pagi-pagi buta line wifi laju gilos. hehe. lepas dengar kuliah subuh*aku berbual.hihi* kena pergi riadah. kena lari satu maktab yang luas tuh. gile ke hape ? grr. balik-balik semua sakit kaki. petang plak main bola jaring. err aku tak pandai main pon. fobia pada bola. haha. ini boleh dikira kali kedua aku main bola jaring. aku terjatuh time main tuh. saket pinggang aku tau. ;( cisss. malam tuh ada sesi dengan senior-senior. aku lambat dalam 2-3 minit. and akibatnya aku kena MENARI sorry sorry kat atas pentas ! fuhh itu dugaan. bengang okayy ! maaf eh senior-senior sebab TERmencarut dalam hati time tuh. :)

HARI KETIGA (22.06.2011)
macam biasa kena bangun awal pagi pergi smayang kuliah subuh. tapi this time aku sengaja datang lambat. nasib baek tak kena denda. ekekeke. lepas tuh macam biasa lahh ada taklimat taklimat dan taklimat lagi. aku tak dengar sangat pun sebab mata aku betol-betol lagi 1mm je nak tertutup. hehe. malam tuh senior-senior konon berlakon lahh mara-mara and siap baling kerusi lagi. dorang panggil beberapa orang budak naek pentas dan mara sampai dorang nangis-nangis. elehh macam lahh tak nampak korang curi-curi ketawa. haha. banyak jugak lahh aku nampak orang yang sekeliling aku nehh nagis-nangis. dorang kesian kot tengok budak-budak kena mara atas pentas. aku ? err sebab aku dah nampak senior tuh curi ketawa kot plus aku memang keras hati jadi tak ternanges pon. rupa-rupanya tuh surprise party untuk orang yang kena mara atas pentas tuh. dorang kena baling tepung semua. okayy, first time aku alami benda nehh depan mata. pengalaman yang jarang aku jumpa. :) lepas tuh terus berlatih untuk majlis apresiasi pelajar untuk esok hari. kelas aku dapat drama musikal dan kemudiannye diubah menjadi sketsa.

HARI KEEMPAT (23.06.2011)
bangun awal pagi untuk pergi kuliah subuh. harineh aku datang lagi lambat daripada hari-hari sebelumnya. siifat pemalas dah mula terserlahh. hehe. riadah pagi lagi ekstreme kot. lari keliling padang and buat starjump hampir 50x. serius semput nak mampuihh time tuh. kitorang start berlatih untuk sketsa untuk majlis apresiasi. aku memegang watak sebagai cikgu yang innocent dalam sketsa tuh. dorang cakap muka aku innocent ? HAHA. petang tuh start buat persembahan. malangnya kitorang hanya dapat no.3. senior-senior semua fikir kitorang yang menang. tapi takpelahh. menang kalah adat pertandingan kan ? just for fun. :)

HARI TERAKHIR (24.06.2011)
pagi nehh aku bangun lambat sebab takde kuliah subuh. yahooo ! hehe. lepas sarapan terus pergi taklimat penyelaras program. taklimat nehh untuk bagitau tentang subjek-subjek yang perlu dipelajari, berkenalan dengan lecturer. baru aku tau TESL nehh special sket. kos laen ade exam pada setiap sem tapi TESL hanya akan ada final exam pada sem yang ke3. special kan ? hihi. tapi disebabkan tuh, TESL jadi susah sebab ape yang dipelajari pada tiga2 sem semua masuk pada sem3. jenuhh gua nak baca buku nanti. -.-' akhir sekali majlis penyerahan kad matrik. hoi, nape gambar kad matrik nampak skema gilos dan gelap ? HAHA. lepas abes majlis kitorang amek gambar kelas sebagai kenangan. maka berakhir lahh minggu orientasi. :)


overall minggu orientasi kat IPGM memang best ! ^o^

Wednesday, June 15, 2011

UITM ? AKU TAK RINDU, AKU RINDU.

benda yang aku takkan rindu sepanjang bergelar pelajar asasi :
1. assignment berlambak-lambak.
2. penat mendaki tangga. *kelas selalu dekat tingkat yang paling atas.
3. berebut berhimpit nak naik bas pegi fakulti.
4. buku undang-undang yang mahal nak mampuihhh.
5. kena fluent english HAHA.
6. bilik aku tingkat paling atas.
7. mesin basuh selalu rosak.
8. kelas sampai pkol 6.00pm.
9. elaun sket sangat HIHI.
10. banyak godaan berbelanja *abes elaun licin.
11. almari kecik sangat.
12. subjek law yang susah nak dihafal.

perkara yang aku akan rindu sepanjang bergelar pelajar asasi :

1. pergi karaoke sama-sama dengan budak kelas walaupun satu lagu pun aku tak nyanyi. * segan kot suara tak sedap. hehe.

2. beli tiket bas, tunggu bas, kutuk pak cik bas sembelit lahh cirit birit lahh sebab lambat sampai, dan naik bas sama-sama dengan dalina untuk balik JB. al-maklum dua-dua pon homesick. hihi.

3. pergi berkayak di tasik shah alam dengan emirot, dalinot dan jihot. bau tasiknye fuhh sungguh 'menyenangkan'. overall kayak memang best ! ;p

4. amek gambar pura-pura tengah buat props untuk presentation drama semata-mata untuk dapat markah lebih dalam markah kerjasama kumpulan. HAHA.

5. merantau ke negeri sembilan untuk menyempurnakan tugasan drama. alhamdulillah hasilnya memuaskan. tak sia-sia tak balik cuti thaipusam untuk siapkan drama. :)

6. berjalan kaki ke fakulti. oke, itu kadang-kadang fun. tapi mostly memang memenatkan ! hihi.

7. buat discussion malam-malam dengan satu kelas untuk drama subjek LAW2. benda nehh yang banyak membantu aku dalam subjek nehh. :)

8. debate. aku akan rindu saat-saat debate tuh. seriusly kat uitm lahh first time aku debate. memang pengalaman yang berharga ! fikir senang ke nak debate huh ? ;p

9. berposing dalam kelas sementara tunggu lecturer sampai. nehh yang paling aku suka ! hihi. memang contoh pelajar cemerlang kan. -.-'

10. public speaking. yang nehh susah sebab aku bukan jenis yang pandai untuk grab attention orang. susah lahh kot gile !

**special thanks to dalina, emira dan yasen sebab banyak membantu aku dalam kebanyakan assignment. tanpa kerjasama dari korang kita takkan dapat markah yang agak tinggi dalam assignment berkumpulan kite. and korang je orang yang sekepala dengan aku kat sane. double thanks to emira sebab selalu teman aku pergi mana-mana setelah dipaksa. haha. triple thanks to dalina sebab ko memang banyak tolong aku kat sana(aku malas nak mention, banyak sangat. hehe) especially sem02. thanks korang. ;)

AT LAST, MUET.. :)

serius aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan keputusan kali nehh. tak sia-sia aku repeat. hmm, tujuan sebenar aku repeat hanya untuk melayakkan diri untuk sambung ke ijazah sarjana muda undang-undang. pihak uitm telahh menetapkan band 4 sebagai syarat minimum. nampaknya impian untuk bergelar graduan undang-undang tak tercapai disebabkan aku dah buat keputusan untuk tak teruskan lagi di uitm. sobs sobs kecewanyee. ;( okelahh, goodbye uitm and welcome IPG. :)

p/s : muet nehh hanya sah untuk dipakai dalam tempoh 5 tahun sahaja. aku kena amek semula ke kat IPG nanti ? tidakkkkkkkk.