Thursday, December 15, 2011

PERSONALITI WANITA MENGIKUT HARI KELAHIRAN-KITAB TAJUL MULUK

APE TU KITAB TAJUL MULUK ? Kitab Tajul Muluk adalah satu kajian terperinci yang telah dilakukan oleh masyakarat terdahulu dan catatan hasil kajian itu telah dihimpun dari pelbagai sumber, termasuk dari tamadun Yunani Purba. (kira macam kitab astrology yang digunakan oleh orang dolu-dolu.)
**sumber: google**



oke, jom tengok sama-sama. korang tau tak korang lahir hari ape ? kalau tak tau senang je, pergi google calendar tahun kelahiran korang eh. harituh tanya mak and surprisingly mak ingat aku dan adik beradik aku lahir hari ape. aku konon tak percaya then serach calendar kat google, rupanya betol. tak sangka mak ingat benda-benda macam neh. :D

ISNIN
  • Wanita ini bersikap jujur.
  • tidak mudah panik atau gelabah.
  • berhati-hati.
  • tidak mudah mengalah. 
  • pandai menjaga diri dan bergaul.
  • Banyak orang dari berbagai kalangan menyukainya tak peduli lelaki ataupun wanita. 
  • Dia juga mudah memberi pertolongan, cerdas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. 
  • Namun jika marah, dia berapi-api dan menakutkan.
  • jarang nak mengaku kalah dalam pertengkaran. 
  • Dalam percintaan, dia mencurahkan segenap kesetiaan dan bersedia berkorban. 
  • Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
  • Tabiat wanita ini cenderung kurang setia. 
  • Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. 
  • Apabila tidak menyukai seseorang, ia sentiasa mencari kesalahannya.
  • hatinya keras dan sukar dilembutkan. 
  • Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. 
  • Pandai simpan rahasia, hanya orang tertentu saja tahu rahasianya. 
  • Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. 
  • Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. 
  • Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. 
  • Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab. 
  • suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
  • Pendendam. 
  • Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
  • Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
  • Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. 
  • Berfikiran terbuka.
  • tak pandai simpan rahasia. 
  • tidak suka diperintah dalam bekerja. 
  • Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
  • Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. 
  • Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
  • Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. 
  • Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
  • Dia suka menyinggung hati orang lain, bicaranya kasar, ambisius, juga agresif.
  • Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
  • Mudah terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. 
  • Namun walaupun begitu ternyata dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. 
  • Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk.
  • Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. 
  • Pada awal pernikahan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. 
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

  • Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
  • Bangga diri.
  • suka berbelanja.
  • suka dipuji.
  • suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
  • Bersemangat waja.
  • pandai simpan rahasia.
  • tak suka mengaku kesalahan sendiri.
  • Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
  • Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
  • Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

  • Pecemburu.
  • gila harta.
  • tak gemar dengan anak-anak.
  • suka bertikam lidah. 
  • Namun pendiriannya tegas, pemikirannya cerdas, teliti dalam banyak hal. 
  • Tidak pernah berasa puas.
  • suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. 
  • Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. 
  • Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. 
  • Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. 
  • Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

  • Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya suka akan kemewahan dan menunjuk2 diri.
  • Apabila sudah bersuami maka ia akan taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. 
  • Dia tidak suka dinasihati.
  • mudah terpedaya dengan kata2. 
  • Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. 
  • Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
  • Pandai simpan rahsia.
  • rajin berusaha dan bekerja.
  • tak mudah mengalah. 
  • bersikap pemboros.
  • Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan, ia akan mencari jalan lain.


amacam, sama tak dengan personaliti diri korang semua ? mehh share2 kat sini mehh. aku rasa personaliti aku berdasarkan bende alah neh SURPRISINGLY betol. panndainya orang yang buat kitab neh. hihi. btw, aku hari RABU. hehehhehe. :D

p/s : benda neh untuk suka-suka je. jangan percaya 100%. syirik ? :)