Sunday, November 18, 2012

MCD. GAZA ?

assalamualaikum earthlings !

kalau korang perasan, lately kecoh sangat pasal hal mcd ni kan ? yang mcd menyumbang kepada israel dan bla bla bla. banyak yag menyokong supaya kite boikot mcd ni, tapi ade jugak yang melenting kenapa kite mesti boikot mcd. macam2 kan ? lepas keluar isu boikot mcd ni, pihak pengurusan mcd malaysia dah mengeluarkan satu kenyataan. sila rujuk kepada gambar di bawah. :)

{SUMBER}
secara ringkasnya pihak mcd malaysia explain yang sebenarnya mcd malaysia ni memang diusahakan oleh malaysia sendiri. keuntungan, pekerja dan sumber bahan semua dari malaysia. dan dorang jugak ade buat kebajikan dan amal jariah dengan keuntungan yang dorang dapat. jadi ape yang cuba disampaikan ialah, kalau semua boikot mcd, 8000 pekerja dorang akan menganggur ?


itu penjelasan daripada pihak mcd. kite tengok plak hujah dari aqsa syarif. aqsa syarif ni kira pertubuhan berprofil sukarela berasaskan kemanusiaan. nak tau ape tu aqsa syarif bole tengok kat SINI



"... Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun seti
ap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot. ..."      [SUMBER]


sekarang kite dah tengok penjelasan both dari pihak mcd malaysia dan pandangan pihak aqsa syarif. jadi kita masing-masing dah besar kan, jadi kite fikir sendiri lah ye ? hehhehe. boikot atau tidak, itu pilihan masing-masing ye. ^^

aku boikot ke tak ? jawapannya ialah aku memang tak berapa gemar makan mcd. makan pun kalau kawan ajak je. jadi kalau langsung tak makan mcd, rasanya aku tak mati kot. banyak lagi makanan yang sedap-sedap kat malaysia ni. ^^ plus, mcd fast food and membahayakan kesihatan. ade hikmahnya jugak if boikot kan ? dapat jaga kesihatan sekali. hewhewhew.

 
"Ya Allah. Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin."








4 comments :

  1. haaa sokong2..hujahan2 dr 2,2 belah pihak..
    sy suka mkn mcd tp akn cuba utk boikot sbb btollah xmati kot kalau xmkn mcd kn..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak mati pun kan ? hehe. burger ramly n burger bakar lagi sedap. :P

      Delete
  2. assalam,mengikut konsep frencias, pengusaha juga perlu membayar percent kepada pemilik asal jenama tu. makna kata israel tetap dapat duit wlaupun pengusaha dari malaysia. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, saya tahu. bukan ke itu yg saya explain dalam entry saya bahagian ulasan daripada aqsa syarif ? terima kasih utk pengulangan penjelasan tu. ^^

      Delete