Friday, November 2, 2012

PEREMPUAN YANG BERTUDUNG LAGI TERUK PERANGAINYA ? :)

anneyong-haseyo
*feeling ala-ala korea lagi*

tengah syok-syok online fb, tiba-tiba nampak benda yang tak menyenangkan kat home fb. sedih tengok orang yang macam neh. kesian pun ade. tapi, siapalah aku untuk judge mereka neh. tak lain tak bukan, asyik-asyik isu tudung dan tak bertudung yang ditimbulkan. isu yang dah basi you knowww. 


TAK FAHAM KENAPA RAMAI PLAK YANG LIKE STATUS TERSEBUT. ADAKAH MEREKA MENYOKONG SEKALI KENYATAAN TERSEBUT ?    T__T


tidak semestinya macamtuh. oke senang cerita macam ni lah. perangai seseorang takde kaitan dengan cara pemakaian dorang. kalau pakai tudung, tak semestinya perangai baik. yang tak pakai tudung tak semestinya jahat. tapi yang dah semestinya, atleast orang yang pakai tudung dah cuba untuk cover aurat dorang *dalam kes ni ialah rambut*.



persoalannya, kenapa mesti perangai orang yang bertudung yang asyik dipersoalkan walhal perangai orang yang bertudung dengan yang tak bertudung same je kadang-kadang ? semuanya disebabkan persepsi terhadap orang yang bertudung dan tidak bertudung. orang yang bertudung haruslah baik macam angel. sangat klise. disebabkan persepsi macam ni, jadi bila orang yang bertudung buat hal sket je, terus ramai-ramai mengecop yang " YANG BERTUDUNG ITU LAGI TERUK DARI YANG TIDAK BERTUDUNG ". sadis aku tengok.

tak kisah lah pakai tudung sebab mak ayah paksa ke or sesape paksa. asalkan dorang sudi untuk pakai tudung. macam aku sendiri, mula-mula, ya, aku memang aku kena paksa pakai tudung. bukan lah paksa macam "kalau ko tak pakai tudung siap ko aku sembelih". ohh tidak tidak. semestinya bukan macamtuh. maksud aku, nasihat untuk pakai tudung. so, aku pakai tudung. lama-kelamaan, diri sendiri jadi ikhlas nak pakai tudung and rase macam awkward plak nak freehair balik. yang suka pakai lilit-lilit tu plak tu hak dorang, jadi tak harus dipertikaikan. pakai tudung yang lilit-lilit pun, atleast dorang pakai. *biarawati yang dok kat gereja tu ade ke pakai yang lilit-lilit ? * o.O

i'm wearing hijab. but i'm not as angelic as an angel nor as evil as a devil. :)

jangan menilai seseorang berdasarkan penampilannya. dan jangan jugak menilai semua orang berdasarkan hanya seorang yang membuat silap. kerana nila setitik, habis susu sebelanga. siapalah kita untuk judge orang kan ? :)








6 comments :

  1. mana diorang tahu pakai tudung terpaksa...apa-apa pun...yang pakai tudung/menutup aurat mereka berusaha menjaga suruhan Allah...walaupun terpaksa...lama-lama ikhlas tu datang sendiri..adess...ada gak org yang like status mcm tu..mesti free hair+lelaki yg like..

    ReplyDelete
  2. mereka meletakkan agama itu pada luaran. astaghfirullah. sedih.

    ReplyDelete
  3. x bertudung dpt dosa... yg bertudung pon bleh dpt dosa (dr mengumpat dll)

    *xde manusia sempurna melainkn Nabi SAW

    ReplyDelete
  4. memakai tudung x wajib..menutup aurat adalah wajib..

    ReplyDelete
  5. Sama2 lah kita menjaga diri...kan itu lebih indah...ahaks

    ReplyDelete
  6. aurat kan wajib bagi setiap wanita..nape la ada org dok tulis mcm tu lagi

    ReplyDelete