Tuesday, November 8, 2011

KELEBIHAN TETAP KELEBIHAN. JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MEMIJAK KELEBIHAN KITA.

assalamualaikum.
rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha. hari raya aidiladha neh biasalah, sambutannya tak semeriah hari raya aidilfitri kat kampung aku. pakai baju kurung di pagi raya itu wajib melainkan kau nak kena kutuk dengan saudara mara kat kampung tuh. lepas tuh kena paksa pergi tengok orang qorban lembu. maka aku yang degil neh memang takkan pergi lah. itu jelah rutin hari raya aidiladha setiap tahun.

pernah tak korang rasa kelebihan yang ada pada korang tuh tiba-tiba menjadi satu sebab yang mendatangkan kemarahan orang lain ? contoh.

SITUASI 1:
si A ialah pelajar kos bahasa inggeris kat universiti maka dia pun practice speaking english dengan kawan-kawan dan keluarga dia. tiba-tiba seorang kawan neh marah dia "kau boleh tak jangan berlagak mat salleh sangat dok speaking je selalu. aku dah lama bersabar dengan kau. kau tahu tak!".

SITUASI 2:
si B ialah orang melayu yang pernah bersekolah di sekolah cina pada suatu masa dahulu. adik-beradik dia pun sama. jadi untuk mengelakkan daripada dorang lupa terus bahasa cina, dorang pun memang biasakan diri cakap cina di rumah. pernah sekali dorang balik kampung dan macam biasalah dorang menggunakan bahasa cina sesama adik beradik, tiba-tiba ade seorang pakcik cakap "korang boleh tak cakap melayu? kalau korang anak aku dah lama aku tampar korang".

pada pendapat aku, tak salah pun if nak practice sesuatu bahasa tuh kat mana-mana je. tapi kenapa orang-orang seperti di atas neh marah ? secara jujurnya, situasi 2 tuh ialah pengalaman sebenar aku. pada mulanya memang aku tersentap habis lah dengar orang tuh cakap macamtuh. rasa nak bagi pelempang pun ada jugak. hehe. tapi buat apa nak cari gaduh dengan orang macam tuh ? 

aku boleh kategorikan orang macam tuh sebagai "narrow-minded". obviously memang narrow minded sebab maybe dalam fikirang dorang hanya terdapat hasad dengki dan perkara negatif je. contoh dalam fikiran dorang rasa orang yang dok speaking dan guna bahasa cina neh akan merosakkan dan melupakan bahasa melayu. tapi come on lah. kita duduk kat malaysia, sekeliling semua orang cakap melayu. takkanlah boleh tiba-tiba lupa macam mana nak cakap bahasa melayu ?

sekarang ramai orang hantar anak-anak untuk belajar bahasa lain. dan yang paling utama di malaysia ialah english, cina dan india. maybe ada jugak yang belajar bahasa korea dan sebagainya. bagi aku itu tindakan yang bijak. sampai bila kita nak berada di takuk yang sama dan sentiasa kurang dari orang lain ? kita kena sentiasa berusaha untuk jadi lebih daripada orang lain, dengan cara yang baik of course. zaman sekarang neh, makin banyak bahasa yang kita tahu, makin luas peluang pekerjaan yang kita dapat. bos-bos zaman sekarang pun pandai, dorang nak pekerja yang berkebolehan untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis customer dari pelbagai bangsa.

kesimpulannya aku nak cakap, semua orang ade kelebihan masing-masing jadi tak perlu cemburu dengan kelebihan yang dimiliki orang lain. kalau cemburu pun, amek perasaan cemburu tuh dari sudut positif. contohnya macam cemburu seseorang itu boleh speaking english, jadi pergilah belajar english. simple, right ? luaskan pemikiran anda, jangan jadi orang yang berminda sempit. :)


6 comments :

  1. Yeaaa aku tahu sapa ! Hihi :) Sabar yaa Yanaaaaaa

    ReplyDelete
  2. waaaaa ayat yana semakin majuuu ! awak titew nak belaja bahasa inggeris dari awak bole? ajar lah titew puhleaseeeeee :D

    ReplyDelete
  3. so true! relax yana. lantak pi lah ape y diorang nak cakap. kot akk, akk jwb je balik. 'pakcik tu y patut kena tampo. pkiran kolot.' sekian.

    ReplyDelete
  4. cik nufa : tengah sabar lah ni cik nufa panda. =P

    ReplyDelete
  5. cik amira : ngada lah awak ni ! hahaha. mana ade aq guna ayat bi kat entry ni. tiba2 je nk blaja. aq pkul peha ko mcm biase karang. hihi.

    ReplyDelete
  6. kak najaah : kite sabar je sebab takut nanti ayah marah sebab kuang hajauuu. hehhehe. :D

    ReplyDelete