Thursday, September 15, 2011

ESOK HARI MALAYSIA. JANGAN LUPA TENGOK EH. ;P


korang tau tak esok hari ape ? aku takkan salahkan korang kalau korang taktau sebab secara jujurnya sebelum neh pun aku taktau. aku baru tau tahun neh kot actually ? haha. tak peka langsung gua neh haa. ;p esok iaitu pada 16/09/2011 ialah hari malaysia. dengan ini aku mengumumkan yang esok cutiiii !

macam yang aku cakap kat post INI, aku terlibat dengan persembahan sempena hari malaysia neh. of course bukan aku seorang sebab aku bukannya artis. heh. aku terlibat dengan persembahan HUMAN LED yang mengiringi semua persembahan yang ada. 10 IPG terlibat dengan persembahan neh yang berjumlah sebanyak 2300 orang (if i'm not mistaken).

mesti korang taktau kan HUMAN LED tuh ape ? haa tengok video neh. neh ade sedikit rakaman time buat raptai harituh. ;p


korang fikir senang ke hapee nak buat ? nampak memang senang sangat tapi latihan untuk buat benda tuh jadi perfect masyAllah penat dia tuh. fuhh. siap bermandi hujan lagi untuk berlatih. akibatnya banyak orang demam. doakan mereka-mereka yang demam tuh tak rebah esok. aku pun tergolong dalam golongan "mereka-mereka" tuh. -.-'

jangan lupa tengok sambutan hari malaysia esok. ada aizat hamdan, syamsul yusof, yusof haslam dalam perarakan kereta. kawan aku dok sebok-sebok cakap syamsul yusof tuh cute. boleh tahan cute jugak lah. hehehe.

sekian nur liyana binti jamaludin melaporkan. akhir sekali, salam 1 malaysia. jangan lupa cari aku di kalangan 2300 orang tuh. aku duduk sebelah kiri atas ye. harap maklum. hihi.

good luck kepada semua yang terlibat. good luck kepada abg azad(conductor). good luck conductor-conductor sampingan. good luck sector A1. good luck kawan-kwan. good luck diri sendiri. ;)

Monday, September 5, 2011

EN ROUTE TO PUTRAJAYA ^o^

esok pagi-pagi lagi dah kena pergi putrajaya. lagi awal daripada waktu kuliah. tapi aku tau tu semua auta sebab pihak tempat ini tak pernah menepati waktu. itu aku pasti. tapi aku akan tetap datang tepat pada waktu yang ditetapkan. aku kan berdisiplin. hihihihihi.

lokasi penginapan: Putrajaya (Presint berapa ntah ?)
tujuan : rehearsal sempena sambutan hari kemerdekaan
lokasi rehearsal : dataran merdeka
program yang terlibat : MENARI !

aku akan berkumpul di dataran IPG neh pada pukul 7.30 pagi esok. gile awal kot ? maybe sebab dia nak briefing sekali lagi pasal program yang bakal berlangsung dan tanda kehadiran. selesai semua tuh terus bertolak ke putrajaya, maybe. kitorang akan ditempatkan di apartment sekitar putrajaya. apartment baru katenye. ;p

hanya junior foundation je yang terlibat. yelahh, freshie semua kena join. menchikkk kitewwww taww. kikiki. dengar cerita kitorang kena menari LED tuh. alaaa yang menari dengan lampu-lampu tuh kot. pfttt. cuma taktau LED tersebut akan dipasang di baju or dipegang sahaja. kalau pasang LED kat baju serius nampak bodo kot ? shittt yaww. btw, sejak aku masuk IPG neh banyak plak kebetulan aku terlibat dengan tarian kan. saje je tau pihak IPG neh nak tengok aku menari macam kayu depan orang ramai. hahaha. aku admit yang aku memang keras and LANGSUNG tak reti menari ! ;p

kitorang akan berlatih dari selepas subuh sampai lahh sebelum tengahari dan dari magrib sampai malam jadi aku rasa kitorang still ada peluang untuk buat assignment dan qada tido. hihi. semua assignment perlu dihantar selepas balik dari putrajaya. berita baiknya ialah aku satu hapee pun tak sentuh lagi. hehehehe. last minute work is the best kot ? ;p

okelahh, aku dah start selesema mengemas barang jadi aku perlu tidur. aku allergic habuk kot. hehehe. kepada bakal roomate ku di putrajaya, sila bertahan dengan bunyi yang dihasilkan semasa aku selesema eh. harap maklum. hihi.

Saturday, September 3, 2011

BALIK SEMULA KE TEMPAT ASAL.


dah seminggu rupanya aku balik JB. duduk rumah memang heaven.

boleh makan sepuas hati
boleh gelak sekuat alam
boleh pakai baju seburuk ada.
boleh tengok tv puas-puas
boleh bawak kereta pegi mana-mana
internet laju berkali ganda
katil yang besar lagi empuk

nikmat, kan ? yang penting, atleast aku boleh jadi diri sendiri. oke, akhiri cerita tentang kenikmatan duduk rumah sebab lagi berapa jam aku dah kena balik KL semula. sumpah tak seronok pun nak balik ! dapat cuti seminggu je. huhuhu.

bye-bye rumah, hye-hye KL ! assignment yang bertimbun-timbun menanti ku di sana. bila aku cakap bertimbun maksudnya memang bertimbun. i hate it. pfttt. tapi aku akan cuba untuk buat yang terbaik. result assignment bagaikan nyawa aku. hehehe. adios~

btw, good luck kepada kawan-kawan yang bakal berdaftar ke universiti masing-masing pada minggu ini dan minggu depan. bersedia jelahh korang untuk berjemurberatur tengah panas. seriously aku nak ucapkan PADAN MUKA. kikikikiki. good luck yaww. ;p