Tuesday, October 26, 2010

10 SIFAT LELAKI YANG PATUT DICARI WANITA. :)


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


***benda neh aku jumpa kat facebook. saja nak share kat sini. nampak sangat sekarang aku tengah kebosanan and macam sangat takde kerja. -.-'


Friday, October 22, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA. LOL ! :)

hye awak awak dan awak ! tiba-tiba je kan harinehh teringat zaman kat PLKN dulu. sangat best lahh. ingat lagi mula-mula dapat tau aku kena pergi PLKN nehh. fewwhhh memang 1 hari tu aku takde mood. tak caye ? bole pergi tanye classmate and budak babat tuh. hehe. tapi lepas dah pergi ternyata memang best lahh ! best memang best, tapi penat gile kot dengan kawad and banyak lagi benda. nehh antara kawan baek aku time kat PLKN dulu. kalau takde dorang kan, serius gelap hidup aku kat sana. haha.

neh nama dia iedah. mula-mula kan, serius aku tak suka dengan budak nehh. aku rase dia gila kuasa. haha. tapi lepas dah kenal lame kan baru aku tau perangai dia neh macam mana. dia nehh baek and garang. dia nehh ketua dorm aku. ceittt nama je ketua dorm, tapi sama je perangai dengan anak buah dia neh hah. haha. actually time dah nak keluar dari PLKN neh baru aku start rapat gila dengan dia. dia paling banyak nanges time aku nak keluar. terharu jap. hihi.

ini kitorang panggil dia tooten. apsal nama dia pelik sangat ? mana aku tau sehh. haha. dia cakap tu nama timangan dia kot. mula-mula dia nak kitorang panggil dia "yana" tapi kat dorm tuh banyak sangat orang yang bernama "yana" so untuk elakkan daripada kekeliruan dia pon guna lah nama laen. dia nehh mulut agak laser and memang cakap mulut takde insurans kot. haha.

nama pendek dia ayu, nama penuh dah lupa. -.-' orang panggil dia ayam or itik. taktau lah nape maybe dia ada iras2 kot. haha. dia nehh lawa, and tak lupa jugak, dia seksi. dah ade pakwe dah pon. dia nehh selalu terlepas daripada kawad sebab dia tak boleh buat aktiviti berat. dulu dia ade buat operation ape ntah. dah lupa jugak. -.-'

qina nehh dia lahh yang paling kelakar dalam group kitorang. memang tiap2 hari macam nak pecah perut aku ketawa. dia tak payah buat lawak, aksi and ekspresi muka dia je pon dah bole buat aku ketawa macam orang nak cukup nafas. rindu lahh nak tengok dia buat lawak lagi. ooh and di nehh if takde mood memang garang gila kot ibarat sang singa yang sedang kelaparan. hehe. :)

dia nehh paling baek hati, lemah lembut. nama dia maizatul, panggil mai. dia nyanyi sangat sedap and dia suka kot menari. selalu time senam seni or aerobik kan, semua orang mesti nak dok belakang2. aku dengan dia sorang macam sengal bersemangat dok barisan paling depan. pelik jap. haha. kesimpulannya, dia nehh kawan aku untuk menari. HAHA. ooh tak lupa jugak, peluk dia sangat best oke. haha.

antara kenangan kat sane :
# first time kawad pakai baju full loreng. err baju yang ,acam askar tuh. memang sumpah rase nak pengsan. budak2 laki pon boleh perasan muka aku macam nak pengsan and sebok tanya oke ke x. oke lahh beb, aku kuat. ;p
# ponteng pergi kuliah subuh. if kitorang pergi pon nanti kitorang akan tertido dalam tuh. haha.
# pergi surau lambat time magrib. tiap2 kali kot. alhamdulillah setakat nehh tak pernah kne denda. hehe.
# sorok fon. semua orang serahkan fon kat jurulatih. geng kitorang je kot tak. ceitt, yang serahkan tu maksudnya dia penakut. hihi.
# maen bola jaring. cikgu aida paksa. sebelum neh tak pernah maen sebab aku fobia dengan bola. haha.

yang kiri syue, kanan tooten. yang tengah2 paling comel kn ? hihi.

diapit oleh 2 jurulatih yang kacak belaka. oke, itu cuma bodekan semata-mata. haha.

cikgu faiz. mulut dia laser gile woo.

4 dara pingitan fewitttt. ;p

time nehh tengah tunggu mak ayah kitorang datang amek.

snap-snap dulu sebelum balik.

no komen. sebab memang sengal. -.-'

sedang menjalankan tugas. time neh hari melawat so turn kitorang untuk jaga.

cikgu faiz lagi. -.-'

cikgu zakaria kot nama dia. suka nganjeng aku muka pucat time nak wt flying-fox. mana ade sehh. tipu je dia tuh tau. i kuat. ;p

semua cube untuk buat muka comel dan akhirnya terbukti aku lah yang paling comel. hihi.

time nehh sebenarnya semua kena wt muka terencat. tapi muka terencat aku tak jadi kot. haha.

sewel belaka doo. ;p

lengkap semua kawan rapat aku kat sane. :)

hurm, aku keluar lagi awal daripada dorang sebab aku dapat masuk asasi and kena daftar awal. potong stim betol lahh. grr. ade benda yang aku tak dapat buat :
# menembak. nehh yang paling aku teringin nak buat. takde rezeki pulak. haa.
# sukan air. best kot sukan air nehh.
# amek gambar dengan cikgu aida. cikgu kesayangan aku. :)
# wirajaya. erm, benda lah nehh kena tido dalam hutan kot. aku tak pernah camping tido dalam hutan kot so ape salahnya sekali-sekala nak rase kan.
# hari kebudayaan. aku dah plan dah sehh time nehh nak pakai lawa2 ape semua. haha.




***wehh, sorry aku tak dapat datang reunion 09/10/2010 harituh. aku takde transport. JB dengan Kluang bukannya dekat. nak drive sendiri memang aku taktau lahh jalan pergi sana. and ada hal sket lahh so memang tak dapat pergi actually. sorry ehh. miss you girls... :)

Sunday, October 17, 2010

MESTI JADI ORANG LAST YANG TAHU. GRR. :)


tadi kat facebook ada kawan tuh cakap lagi 2 minggu result final exam keluar.
jeng jeng jeng..
what ? cepat gila kot.
yang paling sadisnya kan, aku mesti jadi orang paling last tau pasal hal2 uitm.
aku taktau tarikh tutup pendaftaran kolej bile.
tiba-tiba dimaklumkan esok tarikh last.
apa lagi, macam lipas kudung lahh aku pergi isi borang pendaftaran kolej tuh.
maklumat semua tuh entrah betol entah tak.
maen taram je ikut suke hati aku.
if maklumat salah dia takkan sue aku kan ? hee.
sekarang nehh rasa lega gila dah selesaikan pendaftaran kolej. fuhh..
asyik tangguh je dari berminggu-minggu yang lalu. haha.
hope permohonan kolej aku berjaya lahh. amin3.
kalau tak berjaya alamatnya terpaksa lahh aku carik rumah sewa next sem. -.-'
uitm, please don't be so cruel toward foundation students, can you ? T_T