Monday, April 1, 2013

SBE : 1ST DAY


first perjumpaan dengan guru besar. rase setepek setepek kena sindir. sentap i. huahuahua.

"jadi cikgu ni kena berpenampilan menarik, tapi jangan pakai baju kaler yang menonjol sangat" ------> oke, kebetulan aku pakai baju kaler kuning. sentap. -.-'

"jadi cikgu ni tak boleh pakai pakaian yang lebih dari 4 kaler."------------->  oke, aku punya baju banyak kali, tudung pelbagai tone. sentap lagi. -.-'

"jadi cikgu kena pakai courtshoes, bertumit." -------------> oke aku pakai kasut wedges je pegi skolah tadi. sentap lagi. -.-'

"kat sini setiap cikgu ade parking lot masing-masing, jangan main parking sesuka hati" -----------> aku parking je kt tampat yang kosong. mane aku tau. sentap lagi. -.-'

"jadi cikgu suara tak boleh lembut dan perlahan, kena lantang."--------------> oke, time tu aku cakap agak lembut dan perlahan sebab nervous. k sentap sentap lagi. -.-'



so overall harini SBE aku agak membosankan sebab takde pape keje. aku anggap tu normal sebab tu hari first. mulai esok maybe dah start busy sebab kena relief banyak kelas. unfortunately esok kena relief kelas seni darjah 2 and kelas english darjah 5. dua2 kelas belakang. penolong kanan awal2 lagi dah warning yang budak2 kelas tu susah nak handle. oke, cuak. aku tak pandai nak layan budak. no experience at all. kenapa tak bagi aku handle kelas baik je ? huehuehue. -.-' penolong kanan cabar kami untuk masuk and cuba ngajar bebudak tu. oke puan, saya sahut cabaran puan ! :)



p/s : anggap saja cabaran yang diberi sebagai pengalaman untuk praktikum pada masa akan datang. bila lagi nak practice mengajar kalau bukan sekarang ? boleh handle or tak boleh handle tu lain cite. ^^





Sunday, March 31, 2013

SBE : NERVOUS MOMENT.

assalamualaikum.

dah lame rasenye tak update blog. 3 MONTHS . yeahh i know, imma lazy bum. -.-' banyak story yang di-share, tapi takde mase. bile nak update je ade je syaitoonn yang sengaja goda supaya pegi tido. heh. esok hari yang penting dalam hidup aku. sebab first time pergi SBE (school based experience). SO IM NERVOUS. REALLY NERVOUS. TOO NERVOUS.  teringat kata-kata kawan aku dulu :

"yana, ko nak jadi cikgu ? mesti anak murid tak takut dengan ko, mesti dorang yang selalu buli ko." oke foineeeeeeeeeee kengkawan, foineeeeeee. -.-'


muka ni. sesuai ke nak jadi pendidik ? :)

esok datang2 sekolah kena buat ape ?
nak jumpa siapa ?
kena ikut perhimpunan ke ?
macam mane nak neramah mesra dengan cikgu2 ?
macam mana kalau cikgu2 tak suke aku ?
macam mana kalau budak2 tak suka aku ?
macam mana kalau aku kena ngajar kelas ganti ?


see, banyak btol kerisauan aku untuk esok. typical yana-paranoid. correction, it's not paranoid, assume that i'm preparing myself for the worst thing that could happen during this week. :) but luckily, i have my friend to accompany me. meet my friend, fatin afyqah. kurang sket nervous untuk SBE ni.  :) good luck nufa, atingg, kak najaah, hawa, tasha, lala . good luck tesl 1 and tesl 2. goodluck batch-mate. semoga kite semua tak buat ape2 yang memalukan ipg. eheh. and, goodluck senior sem5 sekalian untuk kali pertama g praktikum :P



p/s : tau tak macam mane perasaan excited nak murid-murid panggil TEACHER YANA ? kbyeee. :P




Saturday, December 22, 2012

20122012 : MAMA CHOP PAPA GRILL

assalamualaikum. tak jawab dosa, kalau jawab sayang. hekhekhek.

201212. tarikh idaman setiap pasangan yang bercinta untuk berkahwin. bukan senang nak dapat tarikh yang lawa macam ni. tapi apelah sangat tarikh yang cantik. tarikh tak cantik pun takpe, asalkan ianya mempunyai maksud yang indah. ^^

so semalam kitorang pergi celebrate birthday adik bongsu aku luqman hakim. dah menjadi tradisi keluarga kalau birthday je akan keluar makan and beli kek. disebabkan adik aku ni ayam maniac hahahaha, maka dia pun pilih restoran "mama chop papa grill" untuk celebrate birthday dia. iye, dia memang demand. ikut siapa lah tu. hihi. -.-'

santapan harini from "papa chop mama grill"

mak : nama dia "mama chop papa grill". kenapa mesti mama yang kena chop, kerja tu kan lagi susah dari grill. tapi kenapa papa yang grill ? 

kitorang : hahahahhahaha. mak mak. -_____-'


rasa dia boleh tahan sedap. actually dah pernah makan sini banyak kali so nothing yang really special pun. cuma memang sedap. sangat direcommend untuk makan sini ! aku bagi 4.5 bintang. :P cuma aku kurang suka rasa ikan salmon. maybe sebab aku memang taksuka ikan salmon sejak azali lagi. :3


tiada dalam gambar : ain (still kat uitm). mak (mak malas nak amek gambar -.-')
untuk luqman hakim:
kepada luqman hakim yang tiap-tiap hari suka cari gaduh, happy birthday. semoga hakim jadi seorang yang berjaya dalam hidup and jangan cari pasal dengan nana kat rumah lagi. sebab kalau hakim tiap-tiap hari cari pasal, nana pun tiap-tiap hari menjerit and mengamuk.  hihi. semoga hakim makin fasih berbahasa cina and english. jangan malukan kakak2 hakim. hihi.


acara memotong kek


walaupun dah terlambat 2 hari. tapi tetap nak wish jugak kat sini. gambar ni je yang jumpe kite berdua. yang lain semua gambar ramai2. lepasni jom selca banyak2. hikhik. so kepada kak najaah :

selamat hari lahir yang ke teetttttttttttttttttttttttttttttt umur dirahsiakan. beliau tidak mahukan me'reveal umur beliay yang sudah agak tua  tu (eh yeke?hhihi). semoga kite same2 lulus dalam exam yang lepas dan berjaya di setiap sem time degree. semoga akak dah tak sakit2 lagi. sihat walafiat sentiasa. last sekali, ni wish yang paling penting. hikhok. semoga akak dapat mempercepatkan perkahwinan dengan orang yang dicintai, tuttttttttttttttttt. :p



Wednesday, November 21, 2012

SIAPA CAKAP BELAJAR BAHASA TU SENANG ?

assalamualaikum.

soalan pertama, siapa rasa belajar bahasa tu senang ? kalau rasa senang, jawab soalan kat bawah ni. kalau rasa susah, pun kena cuba jugak jawab soalan kat bawah ni. muehehehhe. 

fill dis blank wit YES or NO
1._________i dont have a brain
2._________i dont have a sense
3._________i am stupid

dapat jawab ? mampu jawab ? aku sendiri sebagai pelajar bahasa pun tak dapat jawab. *motif?* tricky kan ? eheh.

ape yang aku cuba untuk sampaikan ialah belajar bahasa pun sama susahnya macam belajar aliran sains. aku tau ramai yang memperlekehkan bidang bahasa ni. yelah, bagi orang ramai, siapa yang amek aliran sains tu hebat. aku akui memang hebat pun sebenarnya. hehe. tapi, tak wajar kalau kita compare aliran bahasa(sastera) dengan aliran sains. 


sastera atau sains. dua-dua ilmu.


pandangan SESETENGAH orang pasal aliran sastera :

1. eh dulu dia bukan budak sains ke kat sekolah dulu ? apsal tiba2 masuk aliran sastera plak kat universiti ? ni mesti SPM lingkup.

2. pelajar aliran sastera dapatstraight A SPM: elehh belajar masuk aliran sastera, memang lah snang dapat straight A. cuba masuk aliran sains, tengok lingkup ke tak.

3. pelajar kos sastera dapat anugerah dekan/4 flat: aliran sastera memanglah senang nak dapat 4 flat. cuba kalau dia masuk aliran sains. confirm 3.0 pun tak sampai.


enough with pandangan skeptikal sesetengah orang terhadap aliran sastera. sebenarnya belajar semua pun susah, mana ade yang sennag dalam dunia ni?. kalau senang, takdelah orang susah payah struggle untuk study ye dak ? 

saains, sastera, bahasa. semua susah. cuma tahap kesusahan dia berbeza bagi setiap individu. macam aku tengok buku engineering kawan aku, aku rasa susah gile. dan bila dia tengok buku grammar(tesl) aku, dia cakap susah gile and tak paham langsung. takde issue pun yang sains lagi sennag or sastera lagi senang. jadi, kalau yang amek aliran sastera, janganlah memperlekehkan yang amek aliran sains. yang amek aliran sains, jangan memperlekehkan yang amek aliran sains. *aman damai dna harmoni*






Sunday, November 18, 2012

MCD. GAZA ?

assalamualaikum earthlings !

kalau korang perasan, lately kecoh sangat pasal hal mcd ni kan ? yang mcd menyumbang kepada israel dan bla bla bla. banyak yag menyokong supaya kite boikot mcd ni, tapi ade jugak yang melenting kenapa kite mesti boikot mcd. macam2 kan ? lepas keluar isu boikot mcd ni, pihak pengurusan mcd malaysia dah mengeluarkan satu kenyataan. sila rujuk kepada gambar di bawah. :)

{SUMBER}
secara ringkasnya pihak mcd malaysia explain yang sebenarnya mcd malaysia ni memang diusahakan oleh malaysia sendiri. keuntungan, pekerja dan sumber bahan semua dari malaysia. dan dorang jugak ade buat kebajikan dan amal jariah dengan keuntungan yang dorang dapat. jadi ape yang cuba disampaikan ialah, kalau semua boikot mcd, 8000 pekerja dorang akan menganggur ?


itu penjelasan daripada pihak mcd. kite tengok plak hujah dari aqsa syarif. aqsa syarif ni kira pertubuhan berprofil sukarela berasaskan kemanusiaan. nak tau ape tu aqsa syarif bole tengok kat SINI. 



"... Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun seti
ap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot. ..."      [SUMBER]


sekarang kite dah tengok penjelasan both dari pihak mcd malaysia dan pandangan pihak aqsa syarif. jadi kita masing-masing dah besar kan, jadi kite fikir sendiri lah ye ? hehhehe. boikot atau tidak, itu pilihan masing-masing ye. ^^

aku boikot ke tak ? jawapannya ialah aku memang tak berapa gemar makan mcd. makan pun kalau kawan ajak je. jadi kalau langsung tak makan mcd, rasanya aku tak mati kot. banyak lagi makanan yang sedap-sedap kat malaysia ni. ^^ plus, mcd fast food and membahayakan kesihatan. ade hikmahnya jugak if boikot kan ? dapat jaga kesihatan sekali. hewhewhew.

 
"Ya Allah. Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin."








Thursday, November 15, 2012

CONTEST: SAYA SAYANG KAMOO SAHABAT

"Friendship is a single soul that dwelling in two bodies."


i have decided to join this contest by DIDIEY . jom lah join ramai-ramai. sebagai tanda sokongan sebagai rakan se-blogger. :P syarat-syarat penyertaan boleh rujuk kat blog dia eh. syarat-syarat dia simple je, don't worry.  :)


kalau nak cakap manusia yang bergelar sahabat, sampai umur 80 tahun pun tak habis-habis cerita lagi. terlalu banyak yang boleh diceritakan pasal sahabat. kenangan manis bersama, saat suka duka dan banyak lagi.tapi, bukan semua kawan yang boleh digelar sahabat. sahabat dalam kamus hidup aku ialah orang yang bersama dan ada di samping kita di sata kita susah dan senang.

bile sebut pasal sahabat, banyak orang yang muncul di fikiran aku. tapi aku pilih gambar aku bersama dengan sahabat yang bersama nufa. maybe sebab aku rasa gambar ni cantik dan natural sket ? kikikiki. si nufa ni sama camwhore macam aku, so kitorang memang banyak gambar bersama. hehe.

walaupun aku letak gambar nufa, tapi anggaplah dia sebagai wakil sahabat-sahabat yang lain. fatin, tasha, najaah, hawa dan lala. sahabat-sahabat aku di maktab. kenapa dorang layak digelar sahabat ?

pahit
manis
senang
susah
konflik

semua tu kitorang lalui bersama kat maktab. kalau sebut pasal konflik, memang banyak konflik antara kitorang sejujurnya, banyak sangat. #EhYeke. hihi. walaupun banyak konflik, tapi kiorang tetap teguh sebagai sekumpulan sahabat. mungkin ada banyak salah faham itu ini sana sini, tapi semua tu takde bagi kesan kat persahabatan kitorang. kitorang tetap berkawan. 

"sahabat yang sebenar ialah sahabat yang mempunyai banyak konflik tetapi tetap berkawan dan cuba menjadikan konflik sebagai cabaran dalam persahabatan."

sahabat sememangnya penting dalam kehidupan. kepada sesiapa yang kata takkan mati tanpa kawan, anda memang betul. tapi.... tanpa kawan kite takkan mati, tapi hidup akan sentiasa dalam kesunyian. dorang lah yang menjadi pengubat hati bila kita tengah bersedih. :)


 tag :
nufa 
hawa
najaah




Friday, November 2, 2012

PEREMPUAN YANG BERTUDUNG LAGI TERUK PERANGAINYA ? :)

anneyong-haseyo
*feeling ala-ala korea lagi*

tengah syok-syok online fb, tiba-tiba nampak benda yang tak menyenangkan kat home fb. sedih tengok orang yang macam neh. kesian pun ade. tapi, siapalah aku untuk judge mereka neh. tak lain tak bukan, asyik-asyik isu tudung dan tak bertudung yang ditimbulkan. isu yang dah basi you knowww. 


TAK FAHAM KENAPA RAMAI PLAK YANG LIKE STATUS TERSEBUT. ADAKAH MEREKA MENYOKONG SEKALI KENYATAAN TERSEBUT ?    T__T


tidak semestinya macamtuh. oke senang cerita macam ni lah. perangai seseorang takde kaitan dengan cara pemakaian dorang. kalau pakai tudung, tak semestinya perangai baik. yang tak pakai tudung tak semestinya jahat. tapi yang dah semestinya, atleast orang yang pakai tudung dah cuba untuk cover aurat dorang *dalam kes ni ialah rambut*.



persoalannya, kenapa mesti perangai orang yang bertudung yang asyik dipersoalkan walhal perangai orang yang bertudung dengan yang tak bertudung same je kadang-kadang ? semuanya disebabkan persepsi terhadap orang yang bertudung dan tidak bertudung. orang yang bertudung haruslah baik macam angel. sangat klise. disebabkan persepsi macam ni, jadi bila orang yang bertudung buat hal sket je, terus ramai-ramai mengecop yang " YANG BERTUDUNG ITU LAGI TERUK DARI YANG TIDAK BERTUDUNG ". sadis aku tengok.

tak kisah lah pakai tudung sebab mak ayah paksa ke or sesape paksa. asalkan dorang sudi untuk pakai tudung. macam aku sendiri, mula-mula, ya, aku memang aku kena paksa pakai tudung. bukan lah paksa macam "kalau ko tak pakai tudung siap ko aku sembelih". ohh tidak tidak. semestinya bukan macamtuh. maksud aku, nasihat untuk pakai tudung. so, aku pakai tudung. lama-kelamaan, diri sendiri jadi ikhlas nak pakai tudung and rase macam awkward plak nak freehair balik. yang suka pakai lilit-lilit tu plak tu hak dorang, jadi tak harus dipertikaikan. pakai tudung yang lilit-lilit pun, atleast dorang pakai. *biarawati yang dok kat gereja tu ade ke pakai yang lilit-lilit ? * o.O

i'm wearing hijab. but i'm not as angelic as an angel nor as evil as a devil. :)

jangan menilai seseorang berdasarkan penampilannya. dan jangan jugak menilai semua orang berdasarkan hanya seorang yang membuat silap. kerana nila setitik, habis susu sebelanga. siapalah kita untuk judge orang kan ? :)