Sunday, March 18, 2012

KEMBALI KE SINI.

assalamualaikum
habis sudah cuti selama seminggu. iya, cuti aku sama macam budak-budak sekolah. bakal cikgu untung kot sebab banyak cuti ? tapi sayang semua cuti pendek-pendek belaka. tak macam budak IPTA yang cuti berbulan-bulan. still, aku bersyukur sebab diberikan cuti. :) cuti dah habis, fokus balik pada aktiviti maktab. kerja yang menggunung sedang menunggu untuk disempurnakan.

berada di kampung tercinta. takdelah bosan sangat balik kali neh. :P


yang tak best :   ☠  
kawan-kawan aku semua tak cuti. forever alone. :|
cuti seminggu je. tak sempat nak buat ape-ape sangat.
kena balik kampung. hehe. 

yang best :  {^◕‿◕^
dapat jumpa family
dapat tidur puas-puas
dapat makan puas-puas
dapat makan sana sini
dapat pergi sana sini
ade kereta, xpayah susah-susah nak naik teksi
jimat duit.
unlimited internet access
dapat kacau adik-adik. ekekeke.
dibelikan banyak barang

#banyak kelebihan bila ada kat rumah. alahaiiii berat sangat hati nak balik. :) 
#hp samsung aku hilang otw balik KL tadi. nasib baek bukan c3. :p
#semoga saya dapat berjumpa dengan johor bahru dalam masa terdekat. homesick dah neh. :)

Thursday, February 16, 2012

PANDU TAK CERMAT NYAWA ORANG LAIN YANG MELAYANG.


cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. macamtuh jugak bila driving. kena selalu pandang cermin kiri kanan depan belakang. time reverse kereta pon same. jangan lah main redah je ? maybe nyawa orang yang memandu tuh tak melayang, tapi mungkin nyawa orang lain akan melayang kalau kite tak berhati-hati. 

kalau terlanggar kereta orang takpe(sebab aku pernah accidentally terlanggar kereta orang so takpe.hihi). boleh bayar ganti rugi. all is about money je. ade duit semua settle. tapi kalau terlanggar orang macam mana ? boleh ke kite bayar balik nyawa or kecederaan orang tuh ?

kejadian berlaku pagi tadi bila one of my classmate hampir dilanggar kereta depan cafe. kitorang tengah lalu tiba-tiba ade kereta berhenti. taktau ape tujuan dia berhenti sebab tengok macam takde parking pun. tiba-tiba lampu untuk reverse menyala. dalam fikiran aku "ohh maybe dia dah tukar gear reverse tapi tunggu kitorang abes jalan dulu kot". but tiba-tiba dia reverse. aku nampak kawan aku hampir dilanggar. sambil rasa jantung nak tercabut aku terus jerit nama dia kuat2. dia pun sempat elak(sempat jugak dia jerit kuat2.kikiki). badan dia time tuh dah bergesel sket dengan kereta tuh so sekarang dia agak trauma sket.

okayy, tak kisah lah pasal tuh sebab maybe dia tak sengaja ? or dia tak biase lagi bawak kereta ? or dia bawak kereta belum pro macam aku ? hihi. tapi benda yang paling menyirap ialah pemandu tersebut langsung tak mintak maaf walaupun tingkap dia sememangnya terbukak dari awal lagi. taknak tutun kereta mintak maaf pun atleast mintak maaf lah ikut tingkap ? bagi aku tak susah pun sebab tuh memang adab. taktaulah kalau dia taktau tuh adab. mungkin ke ? -.-'

mana adab sebagai seorang bakal guru ? :)

syukur yana selamat. syukur mangsa utama(baju kuning) selamat. syukur nufa selamat. dan kak najaah. :)


Tuesday, January 24, 2012

HOW INTERESTING GOOGLE COULD BE WHEN WE ARE BORED TO DEATH.


my name is nur liyana binti jamaludin

after being translated by mr. google..

..
..
..
..
..


my name is Kate, daughter of light jamaludin.

what's going on here,  btw ? =.="


*p/s : found this interesting thing on IKA's profile. :)
*p/s : let's try and share with me here. :P





Saturday, January 7, 2012

FIRST TIME MEWARNA BATIK. ^o^

assalamualaikum. ^o^

last few weeks aku pergi ke plaza angsana untuk cari buku grammar yang memang sangat lah sukar untuk dijumpai. memang akhirnya tak jumpa pon sebab kena order baru boleh beli. hehe. kebetulan ade festival kraftangan malaysia yang diadakan kat bahagian luar plaza angsan. kat sini macam2 ade. 

antara aktiviti yang menarik perhatian of course lahh mewarna batik. festival kraftangan neh bagi peluang kepada pengunjung-pengunjung yang datang merasai pengalaman untuk mewarna batik. selalu reti pakai je kain batik tapi tak tahu kesusahan untuk membuat batik neh kan ?


actually dia dah tolong kita lukis dah corak dia. kite tinggal kena kaler je. dia cuma bagi 4 kaler yang asas iaitu biru, merah, kuning dengan hitam. kalau nak guna kaler lain kenalah pandai main campur2. :)


yang mana satu lagi cantik. mak aku cakap yang kiri tu lagi cantik dan berseni. so cuba teka yang mana satu aku punya ? ekekekekek.


jeng jeng jeng. yang neh hasil batik yang aku kaler. memanglah tak secantik corak batik yang ade kat pasaran. nama pun amatur kan. heheh. :P


yang neh plak hasil adik aku. dia terpaksa teman kakak dia neh yang teringin untuk cuba kaler batik. :p


selain aktiviti mewarna batik, banyak lagi yang korang boleh jumpa kat sini. dia jual macam-macam lah produk kraftangan yang cantik-cantik.  hasil dia memang superb, cantik gilos. tapi harga fuyoooo terbeliak biji mata i. hehehehe. :p




*rindunyaaa lahaiii nak kelua denagn family macam neh. :)


Friday, January 6, 2012

MY 2012. ^o^

assalamualaikum. ^o^

pejam celik pejam celik dah masuk ke tahun yang baru, 2012. takdelah pejam celik pejam celik pon sebab aku rasa lambat je masa berlalu. maybe sebab tahun 2011 banyak unhappy things happened kot. hehe. oke, lupakan kisah-kisah sedih sebab dah masuk tahun baru dah pun, tinggalkan kisah sedih korang.


setiap kali masuk tahun baru mesti ade je yang berubah. ade yang baik ade yang buruk. tapi hopefully semua yang berubah tuh baik lahhh. :P


1. kolej
kali neh aku bersyukur sangat sebab dapat kolej kediaman. kat cheras lecturer ckp sewa rumah lebih tinggi daripada kawasan lain tapi taktau lahh betol ke tak kan. :p good news is aku dapat aras 1. aras yang paling rendah yang pernah aku dapat ! bilik boleh tahan lawa sebab senior yang dok bilik tuh sebelum neh dah cat bilik tuh jadi kaler pink. semangat sket nk dok bilik kalau kaler pink. kehkehkeh. roomate ? tetap sama kot. hehe.

2. jadual
jadual sem 2 neh quite okayy i think ? sebab hanya hari rabu je balik lambat sebab ade boling petang tuh. yang laen semua balik pukul 1. hehe. tapi jadual baru takde waktu rehat macam sebelum neh. boleh dengar lah ramai yang merungut lapar time kelas termasuk aku. hihi. kuliah start pada 4/1 tapi kitorang kena ganti untuk kelas 2/1 and 3/1. tak logik kan kena ganti walaupun time tuh belum mula kuliah ? baik suruh mula kuliah 2/1 je. apelahhh. =.='

3. subjek dan lecturer
subjek sem neh ade lain sket daripada sem lepas. subjek major masih dikekalkan. cuma ade pengurangan subjek. and dapat extra subjek PJK and AGAMA. yeahhh sukanya ada hafazan. -.-' lecturer pon banyak yang dirombak semula. ade dapat lecturer yang tak pernah mengajar subjek tuh jadi bagi aku tu sedikit sebanyak merisaukan. lagi2 subjek penting macam ES. nk madam R pleaseee. hehe.


4. aktiviti
sem neh bakal menjadi sem yang sangat hectic sebab banyak aktiviti. menurut senior. hehe. takdelah hectic mana pon.cuma rasa sebab ade latihan rumah sukan, hari sukan and merentas desa. pelajar IPG semua wajib masuk. kalau tak masuk elaun kena potong. tak rela elaun dipotong. :P

5. umur
tahun neh aku dah masuk alam 20-an dan aku terasa alahaiiii tuanya aku. perangai tak seiring dengan umur kot. kena matang sket pasni. heheheh.

6. jawatan
mulai sem neh kitorang dah boleh bertanding untuk menjadi JPP. semua orang akan cuba elakkan ade jawatan kot untuk program persediaan. aku kena jadi assistant monitor untuk kelas sem neh mnggunakan teknik "lucky draw". and aku doakan kawan-kawan aku pun dapat jawatan jugak supaya dorang same2 susah dengan aku. alhamdulillah dorang pon dapat jawatan yang susah. oke, jahat. haha. disebabkan monitor aku bertanding untuk calon JPP, maka aku dapat rasakan aku yang bakal buat semua kerja dia. pfttt. monitor kat sekolah and sini sangat lain okayy. so aku ade sebab aku sendiri kenapa aku benci dengan jawatan semua neh. aku belum bersedia kena marah and aku masih dalam zon "takut-takut" untuk berurusan dengan lecturer. :)



one of my favourite lecturer for this sem asked each of us, what is our new year resolution ?

okayy, i don't have any new year resolution so i was like "ape nak jawab neh? aku mana lah jenis yang pasang azam tahun baru and blablabla neh. =.=" but then i answered :


"i want to get a good pointer and do well in all my assignement"

i have a lot more to say actually but lidah terkelu masa tuh. ekekekeke.

madam S asalnya bukanlah seorang lecturer, dia kerja bahagian management and buat kertas2 kerja semua tuh. but i think now she is a good lecturer. cara dia dalam kelas menarikk perhatian pelajar. tapi setiap kali masuk klas dia aku yang nervous sebab dia seka buat aktiviti and tanya2 soalan. panggil nama secara random ikut namelist. :P

dia cakap ape yang kurang pada kitorang is lack of confidence and grammar tak betol sangat. jadi cikgu mana boleh malu2 katanya. macam mana nak mengajar kan ? dilarang cakap bahasa lain selain english dalam kelas dia. dia dah warning kitorang tentang kepentinagn english as a future teacher. thanks madam S. :)



* ape azam tahun baru korang ? cerita lah sket. :P



Thursday, December 15, 2011

PERSONALITI WANITA MENGIKUT HARI KELAHIRAN-KITAB TAJUL MULUK

APE TU KITAB TAJUL MULUK ? Kitab Tajul Muluk adalah satu kajian terperinci yang telah dilakukan oleh masyakarat terdahulu dan catatan hasil kajian itu telah dihimpun dari pelbagai sumber, termasuk dari tamadun Yunani Purba. (kira macam kitab astrology yang digunakan oleh orang dolu-dolu.)
**sumber: google**



oke, jom tengok sama-sama. korang tau tak korang lahir hari ape ? kalau tak tau senang je, pergi google calendar tahun kelahiran korang eh. harituh tanya mak and surprisingly mak ingat aku dan adik beradik aku lahir hari ape. aku konon tak percaya then serach calendar kat google, rupanya betol. tak sangka mak ingat benda-benda macam neh. :D

ISNIN
  • Wanita ini bersikap jujur.
  • tidak mudah panik atau gelabah.
  • berhati-hati.
  • tidak mudah mengalah. 
  • pandai menjaga diri dan bergaul.
  • Banyak orang dari berbagai kalangan menyukainya tak peduli lelaki ataupun wanita. 
  • Dia juga mudah memberi pertolongan, cerdas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. 
  • Namun jika marah, dia berapi-api dan menakutkan.
  • jarang nak mengaku kalah dalam pertengkaran. 
  • Dalam percintaan, dia mencurahkan segenap kesetiaan dan bersedia berkorban. 
  • Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
  • Tabiat wanita ini cenderung kurang setia. 
  • Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. 
  • Apabila tidak menyukai seseorang, ia sentiasa mencari kesalahannya.
  • hatinya keras dan sukar dilembutkan. 
  • Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. 
  • Pandai simpan rahasia, hanya orang tertentu saja tahu rahasianya. 
  • Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. 
  • Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. 
  • Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. 
  • Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab. 
  • suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
  • Pendendam. 
  • Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
  • Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
  • Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. 
  • Berfikiran terbuka.
  • tak pandai simpan rahasia. 
  • tidak suka diperintah dalam bekerja. 
  • Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
  • Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. 
  • Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
  • Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. 
  • Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
  • Dia suka menyinggung hati orang lain, bicaranya kasar, ambisius, juga agresif.
  • Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
  • Mudah terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. 
  • Namun walaupun begitu ternyata dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. 
  • Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk.
  • Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. 
  • Pada awal pernikahan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. 
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

  • Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
  • Bangga diri.
  • suka berbelanja.
  • suka dipuji.
  • suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
  • Bersemangat waja.
  • pandai simpan rahasia.
  • tak suka mengaku kesalahan sendiri.
  • Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.
  • Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
  • Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

  • Pecemburu.
  • gila harta.
  • tak gemar dengan anak-anak.
  • suka bertikam lidah. 
  • Namun pendiriannya tegas, pemikirannya cerdas, teliti dalam banyak hal. 
  • Tidak pernah berasa puas.
  • suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. 
  • Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. 
  • Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. 
  • Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. 
  • Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

  • Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya suka akan kemewahan dan menunjuk2 diri.
  • Apabila sudah bersuami maka ia akan taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. 
  • Dia tidak suka dinasihati.
  • mudah terpedaya dengan kata2. 
  • Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. 
  • Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
  • Pandai simpan rahsia.
  • rajin berusaha dan bekerja.
  • tak mudah mengalah. 
  • bersikap pemboros.
  • Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan, ia akan mencari jalan lain.


amacam, sama tak dengan personaliti diri korang semua ? mehh share2 kat sini mehh. aku rasa personaliti aku berdasarkan bende alah neh SURPRISINGLY betol. panndainya orang yang buat kitab neh. hihi. btw, aku hari RABU. hehehhehe. :D

p/s : benda neh untuk suka-suka je. jangan percaya 100%. syirik ? :)


Wednesday, November 16, 2011

DONE WITH MY 1ST SEMESTER. :)

FINALLY. 
it's the end of my first semester. the moment that i've been waiting for since i'm registered as a student here. *everyone feels the same thing* ekekekeke. we are supposed to go back on this friday but i went back earlier, which is a few days ago because we don't have any examinations.

there are a lot of things that we've going through for this semester. hectic. really hectic. seriously. sometimes i feel really suffer living here. the tasks, the activity, the lecture, the environment, the assignment. yes, all those things makes me suffocated. but i choose to think positively. 

negative : why did the lecturer give us so many tasks to do? why did the lecturers always want to have extra classes? why did the food in cafeteria is not so good? why english is so hard to learn?

positive : i got allowance *the most important thing* ! i got many friends ! i learn how to present in front of many people ! i learn how to work in a group !

english is not an easy thing to learn. i wish i can change my course to bahasa melayu. hehehe. i'm not saying that bahasa melayu is easy but it's definitely easier than english as bahasa melayu is our mother tongue. especially when learning literature subject. urghhhhhh sucks !

enough with all the craps. let's see some pictures. :P here are some pictures of my activities during semester 1. :)

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI IPG TEKNIK. :)
LATIHAN HARI KEMERDEKAAN. (PUTRAJAYA/DATARAN MERDEKA) :)

SOCIAL STUDIES EXHIBITION, PERSUASIVE PROPAGANDA. :)

PAMERAN ICT, BOOTH GAMES. :)

MALAM KEBUDAYAAN-TEMA MELAYU KLASIK. :)

KEM DI NUR LEMBAH PANGSUN (PACAT!) :)