Sunday, January 9, 2011

IT'S NOT THE END OF THE WORLD LAHH !

tahun 2010 bukan tahun yang bertuah untuk aku. kenape ? sebab terlalu banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. bukan lahh accident ke ape tapi memang kebanyakan perkara tidak berjalan seperti yang sepatutnya. haihhh. oke, sekarang dah tahun 2011 kan. kita tutup buku lama, kita bukak buku baru. permulaan tahun 2011 je dah ada perkara yang buat aku sedih. hidup aku nehh kadang-kadang menyedihkan. haha.



macam yang dalam gambar kat atas nehh, aku memang dah dapat result muet. maybe bagi orang lain band nehh dah cukup dah untuk sambung mana-mana degree. tapi untuk kos yang aku plan nehh maybe tak cukup. law oohh law, apsal lahh kau demand sangat nak band yang tinggi bak langit ketujuh tu huh ? grr. sedih jap. oke, pembetulan. sedih gile-gile kot. takpe, aku try lagi sekali. kali nehh aku confirm aku dapat higher band. cewahh confident je kau ! haha.

oohh ye. ade khabar angin yang mengatakan result yang kite check online tuh kadang-kadang tak betul. contoh macam dah banyak dah budak yang check online dapat band 4 tup tup bila slip exam sampai rumah tengok-tengok dapat band 3 je. omg sedihnya ! dah happy melompat-lompat dapat band 4 tibe-tibe dapat tau dapat band 3. melalak lahh kau !



aku akan cuba untuk masuk ke faculty of law nehh once again walaupun aku tak suka law dan tak pandai pon pasal law nehh. haha. :P ini bukan permulaan yang baik untuk tahun 2011, tapi aku akan pastikan ianya berakhir dengan baik, atau lebih tepat, sempurna. and i will try to get a higher band and CGPA. insyAllah. :)



Saturday, December 11, 2010

PHOTOSHOOT. TEMA ? CLOWN KOT. HIHI.

photoshoot untuk students group D foundation of law. fun gile lahh kot ! nape ? sebab dapat main dengan rambut palsu and props yang bengong-bengong tuhh. -.-' okee jom tengok gambar ehh. :P


freestyle babeh. :p

bestfriend. :)

errr macam badut ? :P

bakal-bakal lawyer nehh. cewahhh yeke ? insyaallah. :)

memang asyik muka bertiga nehh jelahh kan. -.-'

muke penuh dengan NUR. hihi.

***okelahh, setakat nehh je. saje nak update sementara tunggu giliran. giliran aku buat kerja plak. sampai bile lahh nak abes. hee.



Saturday, December 4, 2010

TRY AND YOU WON'T REGRET IT !

assalamualaikum semua ! hai ! harituh kan time class english ade buat satu aktiviti yang aku rase sangat best kot. oke, name je pelajar asasi undang-undang tapi lebih kepada belajar english kot. dia patut tukar nama jadi asasi bahasa inggeris maybe ? -.-'

try to read and pronounce every words correctly and sharply ! okayy, you can try it now :

" i wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, i won't wish the wish you wish to wish. "

" clean clams crammed in clean cans. "

" gobbling gorgoyles gobbled gobbling goblins. "

" how much ground would a groundhog hog, if a groundhog could hog ground ? a groundhog would hog all the ground he could hog, if a groundhog could hog around. "


haahhh berbelit tak lidah korang nak sebut satu-satu benda alah kat atas nehh ? korang boleh tak jangan nak cuba-cuba menipu dengan mengatakan TIDAK. haihhh berdosa tau tak tipu-tipu nehh. :P pastu mesti ada yang perasan yang korang dah sebut dengan begitu smooth and perfect sekali kan ! nehiiiiiii oke. orang yang betul-betul teror je boleh sebut dengan smooth kot. sebutan dia memang kena jelas "-s" "-ed" "-th". mampu tak ? :P

btw, name benda alah nehh tongue twister. memang fun bile dengar classmate aku semua sebut. aku lahh yang tukang ketawa lebih-lebih. haha. tapi keadaan menjadi tak fun bagi aku bile aku plak yang kena sebut. hihi. takkanlah aku nak ketawakan diri sendiri kot ? :P



Sunday, November 21, 2010

ASASIAN 02 : PERMULAAN YANG HAMPEHH. -.-'

semalam dah balik shah alam. aku dah mule rindu untuk buat aksi bodo lawak bodo dengan budak izzati tuh. oke zaty aku tau kalau kau bace ass kau akan kembang kempis kan. or maybe kau akan rase geli geleman tengok post aku nehh. tau sangat kau tu lahh. haha. semalam sampai lambat kot di atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. everything doesn't went smoothly. nate betul. grr. datang-datang je terus pergi ketuk bilik si haszy kecik tuh mintak dia teman pergi daftar. sorry menyusahkan you ehh kecik. hihi. time daftar tuh dia bagi bilik paling atas sekali, tingkat 5 kot. sebab ape ? sebab time sem 2 dulu pernah kena tatatertib. hihi. about kolej semester 2 :

1. barang aku sangat banyak kot sem 2 nehh. aku tengok orang laen bawak sket je. segan jap time angkat. hihi.

2. kesian kat ayah aku, dah tua(oke,takdelah tua sangat) tapi kena tolong angkat beg aku yang berat tuh sampai tingkat 5. aku rase dia pon semput kot naek tinggi-tinggi ulang alik cume dia tak tunjuk. kejam kan sebab dorang tak buat lif ?

3. kesian kat aku sebab stamina aku tak bape nak kuat jadi time naek angkat barang berulang kali tu aku rase macam sangat sesak nafas and aku rasa time tuh muka aku dah merah padam. tak lupa jugak peluh yang memang membasahi kesluruhan baju aku.

4. dapat roomate yang laen daripada sem 1 dulu. semua aku tak kenal. ade dua orang tuh rupanya dulu same bilik time sem1. cess tak adil betol dorang dapat same. yang lagi 1 plak sampai harineh dia tak masuk bilik lagi.

5. aku diam je dalam bilik. kalau sem 1 dulu memang asyik bising jelah kan kitorang berbual dalam bilik. aku rasa takkan rapat dengan dorang kot. tak bole ngam kot. huhu. maybe perlukan sedikit mase. or maybe kena amek mase yang lame untuk betul2 ngam. insyallah. :)

6. bergantung pada maggie untuk isi perut nehh. nape ? sebab bilik kat tingkat 5, malas lahh nak turun beli makanan. jaoh gila and penat kot. nanti makan pastu naek bilik lapar balik sebab tenaga dah habes untuk naek tanga je.

7. aku rindukan roomate yang lame. yang akan tolong aku belikan makanan, kemaskan bilik untuk aku sebab dorang tau aku allergic habuk. dorang sanggup bangun tengah malam untuk teman aku pergi tandas. aku penakut sket kot orangnya. hihi.


nehh lahh gambar yang aku gune untuk pape urusan pendaftaran kolej. adik aku cakap gambar nehh gemok serabai and macam-macam lagi and aku setuju. haha. time tuh nak cepat oke. hihi. aku pakai shawl pon serabai je sebab aku tak reti. HAHA. kena belajar dari dalina lagi nehh. :)

BERSYUKUR JELAH DENGAN APA YANG KITA DAPAT. :)




Sunday, November 7, 2010

SEM 2 DAH MAI DAH. -.-'

BEL 332 - ENGLISH FOR PRE-LAW I
BEL 342 - ENGLISH FOR PRE-LAW II
MTC 037 - INTRODUCTINO TO LAW II
MTC 039 - INTRODUCTION TO SOCIAL PCYCHOLOGY
MTC 087 - INTRODUCTION TO LAW III
MTC 088 - CONTEMPORARY GLOBAL ISSUES
MTC 099 - ECONOMICS ISSUES AND PROBLEMS

haa tu dia subjek-subjek untuk semester 2 yang akan bermula pada 21/11/2010. seriuously bila aku tengok aku rasa macam "omg, i'm gonna die this sem" -.-' nama subjek-subjek tuh dah cukup dah untuk menggerunkan hati aku yang sememangnya macam agak lemah semangat nehh. and aku macam tertanya-tanya, yang subjek economics tuh kena belajar math ke ? sebab economi kan ada math sket2 kan. setawu aku lahh. err nampaknya math memang sengaja nak menghantui aku dari aku zaman sekolah sampai lahh sekarang kan. semester 2 nehh dah ade 7 subjek, tambah lagi dengan 1 subjek tuh. semuanya ade 8 subjek kot secara total. plus, semester 2 nehh jadual agak padat kalau nak dibandingkan dengan semester 1. memang tiap-tiap kali petang balik kelas aku akan jadi atlet kuak lentang kroohhh kroohh kroohh lahh nampaknya semester nehh. like always. and maybe akan lebih aktif. haha.
jadual semester 2. tak sure lagi betol ke tak sebab classmate yang rajin tuh yang susunkan. credit to yaseyn anuar.




***harap boleh tempuhi semester 2 nehh dengan sabar. fuhhh.. :'|

Tuesday, October 26, 2010

10 SIFAT LELAKI YANG PATUT DICARI WANITA. :)


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


***benda neh aku jumpa kat facebook. saja nak share kat sini. nampak sangat sekarang aku tengah kebosanan and macam sangat takde kerja. -.-'


Friday, October 22, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA. LOL ! :)

hye awak awak dan awak ! tiba-tiba je kan harinehh teringat zaman kat PLKN dulu. sangat best lahh. ingat lagi mula-mula dapat tau aku kena pergi PLKN nehh. fewwhhh memang 1 hari tu aku takde mood. tak caye ? bole pergi tanye classmate and budak babat tuh. hehe. tapi lepas dah pergi ternyata memang best lahh ! best memang best, tapi penat gile kot dengan kawad and banyak lagi benda. nehh antara kawan baek aku time kat PLKN dulu. kalau takde dorang kan, serius gelap hidup aku kat sana. haha.

neh nama dia iedah. mula-mula kan, serius aku tak suka dengan budak nehh. aku rase dia gila kuasa. haha. tapi lepas dah kenal lame kan baru aku tau perangai dia neh macam mana. dia nehh baek and garang. dia nehh ketua dorm aku. ceittt nama je ketua dorm, tapi sama je perangai dengan anak buah dia neh hah. haha. actually time dah nak keluar dari PLKN neh baru aku start rapat gila dengan dia. dia paling banyak nanges time aku nak keluar. terharu jap. hihi.

ini kitorang panggil dia tooten. apsal nama dia pelik sangat ? mana aku tau sehh. haha. dia cakap tu nama timangan dia kot. mula-mula dia nak kitorang panggil dia "yana" tapi kat dorm tuh banyak sangat orang yang bernama "yana" so untuk elakkan daripada kekeliruan dia pon guna lah nama laen. dia nehh mulut agak laser and memang cakap mulut takde insurans kot. haha.

nama pendek dia ayu, nama penuh dah lupa. -.-' orang panggil dia ayam or itik. taktau lah nape maybe dia ada iras2 kot. haha. dia nehh lawa, and tak lupa jugak, dia seksi. dah ade pakwe dah pon. dia nehh selalu terlepas daripada kawad sebab dia tak boleh buat aktiviti berat. dulu dia ade buat operation ape ntah. dah lupa jugak. -.-'

qina nehh dia lahh yang paling kelakar dalam group kitorang. memang tiap2 hari macam nak pecah perut aku ketawa. dia tak payah buat lawak, aksi and ekspresi muka dia je pon dah bole buat aku ketawa macam orang nak cukup nafas. rindu lahh nak tengok dia buat lawak lagi. ooh and di nehh if takde mood memang garang gila kot ibarat sang singa yang sedang kelaparan. hehe. :)

dia nehh paling baek hati, lemah lembut. nama dia maizatul, panggil mai. dia nyanyi sangat sedap and dia suka kot menari. selalu time senam seni or aerobik kan, semua orang mesti nak dok belakang2. aku dengan dia sorang macam sengal bersemangat dok barisan paling depan. pelik jap. haha. kesimpulannya, dia nehh kawan aku untuk menari. HAHA. ooh tak lupa jugak, peluk dia sangat best oke. haha.

antara kenangan kat sane :
# first time kawad pakai baju full loreng. err baju yang ,acam askar tuh. memang sumpah rase nak pengsan. budak2 laki pon boleh perasan muka aku macam nak pengsan and sebok tanya oke ke x. oke lahh beb, aku kuat. ;p
# ponteng pergi kuliah subuh. if kitorang pergi pon nanti kitorang akan tertido dalam tuh. haha.
# pergi surau lambat time magrib. tiap2 kali kot. alhamdulillah setakat nehh tak pernah kne denda. hehe.
# sorok fon. semua orang serahkan fon kat jurulatih. geng kitorang je kot tak. ceitt, yang serahkan tu maksudnya dia penakut. hihi.
# maen bola jaring. cikgu aida paksa. sebelum neh tak pernah maen sebab aku fobia dengan bola. haha.

yang kiri syue, kanan tooten. yang tengah2 paling comel kn ? hihi.

diapit oleh 2 jurulatih yang kacak belaka. oke, itu cuma bodekan semata-mata. haha.

cikgu faiz. mulut dia laser gile woo.

4 dara pingitan fewitttt. ;p

time nehh tengah tunggu mak ayah kitorang datang amek.

snap-snap dulu sebelum balik.

no komen. sebab memang sengal. -.-'

sedang menjalankan tugas. time neh hari melawat so turn kitorang untuk jaga.

cikgu faiz lagi. -.-'

cikgu zakaria kot nama dia. suka nganjeng aku muka pucat time nak wt flying-fox. mana ade sehh. tipu je dia tuh tau. i kuat. ;p

semua cube untuk buat muka comel dan akhirnya terbukti aku lah yang paling comel. hihi.

time nehh sebenarnya semua kena wt muka terencat. tapi muka terencat aku tak jadi kot. haha.

sewel belaka doo. ;p

lengkap semua kawan rapat aku kat sane. :)

hurm, aku keluar lagi awal daripada dorang sebab aku dapat masuk asasi and kena daftar awal. potong stim betol lahh. grr. ade benda yang aku tak dapat buat :
# menembak. nehh yang paling aku teringin nak buat. takde rezeki pulak. haa.
# sukan air. best kot sukan air nehh.
# amek gambar dengan cikgu aida. cikgu kesayangan aku. :)
# wirajaya. erm, benda lah nehh kena tido dalam hutan kot. aku tak pernah camping tido dalam hutan kot so ape salahnya sekali-sekala nak rase kan.
# hari kebudayaan. aku dah plan dah sehh time nehh nak pakai lawa2 ape semua. haha.




***wehh, sorry aku tak dapat datang reunion 09/10/2010 harituh. aku takde transport. JB dengan Kluang bukannya dekat. nak drive sendiri memang aku taktau lahh jalan pergi sana. and ada hal sket lahh so memang tak dapat pergi actually. sorry ehh. miss you girls... :)