Tuesday, October 26, 2010

10 SIFAT LELAKI YANG PATUT DICARI WANITA. :)


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


***benda neh aku jumpa kat facebook. saja nak share kat sini. nampak sangat sekarang aku tengah kebosanan and macam sangat takde kerja. -.-'


Friday, October 22, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA. LOL ! :)

hye awak awak dan awak ! tiba-tiba je kan harinehh teringat zaman kat PLKN dulu. sangat best lahh. ingat lagi mula-mula dapat tau aku kena pergi PLKN nehh. fewwhhh memang 1 hari tu aku takde mood. tak caye ? bole pergi tanye classmate and budak babat tuh. hehe. tapi lepas dah pergi ternyata memang best lahh ! best memang best, tapi penat gile kot dengan kawad and banyak lagi benda. nehh antara kawan baek aku time kat PLKN dulu. kalau takde dorang kan, serius gelap hidup aku kat sana. haha.

neh nama dia iedah. mula-mula kan, serius aku tak suka dengan budak nehh. aku rase dia gila kuasa. haha. tapi lepas dah kenal lame kan baru aku tau perangai dia neh macam mana. dia nehh baek and garang. dia nehh ketua dorm aku. ceittt nama je ketua dorm, tapi sama je perangai dengan anak buah dia neh hah. haha. actually time dah nak keluar dari PLKN neh baru aku start rapat gila dengan dia. dia paling banyak nanges time aku nak keluar. terharu jap. hihi.

ini kitorang panggil dia tooten. apsal nama dia pelik sangat ? mana aku tau sehh. haha. dia cakap tu nama timangan dia kot. mula-mula dia nak kitorang panggil dia "yana" tapi kat dorm tuh banyak sangat orang yang bernama "yana" so untuk elakkan daripada kekeliruan dia pon guna lah nama laen. dia nehh mulut agak laser and memang cakap mulut takde insurans kot. haha.

nama pendek dia ayu, nama penuh dah lupa. -.-' orang panggil dia ayam or itik. taktau lah nape maybe dia ada iras2 kot. haha. dia nehh lawa, and tak lupa jugak, dia seksi. dah ade pakwe dah pon. dia nehh selalu terlepas daripada kawad sebab dia tak boleh buat aktiviti berat. dulu dia ade buat operation ape ntah. dah lupa jugak. -.-'

qina nehh dia lahh yang paling kelakar dalam group kitorang. memang tiap2 hari macam nak pecah perut aku ketawa. dia tak payah buat lawak, aksi and ekspresi muka dia je pon dah bole buat aku ketawa macam orang nak cukup nafas. rindu lahh nak tengok dia buat lawak lagi. ooh and di nehh if takde mood memang garang gila kot ibarat sang singa yang sedang kelaparan. hehe. :)

dia nehh paling baek hati, lemah lembut. nama dia maizatul, panggil mai. dia nyanyi sangat sedap and dia suka kot menari. selalu time senam seni or aerobik kan, semua orang mesti nak dok belakang2. aku dengan dia sorang macam sengal bersemangat dok barisan paling depan. pelik jap. haha. kesimpulannya, dia nehh kawan aku untuk menari. HAHA. ooh tak lupa jugak, peluk dia sangat best oke. haha.

antara kenangan kat sane :
# first time kawad pakai baju full loreng. err baju yang ,acam askar tuh. memang sumpah rase nak pengsan. budak2 laki pon boleh perasan muka aku macam nak pengsan and sebok tanya oke ke x. oke lahh beb, aku kuat. ;p
# ponteng pergi kuliah subuh. if kitorang pergi pon nanti kitorang akan tertido dalam tuh. haha.
# pergi surau lambat time magrib. tiap2 kali kot. alhamdulillah setakat nehh tak pernah kne denda. hehe.
# sorok fon. semua orang serahkan fon kat jurulatih. geng kitorang je kot tak. ceitt, yang serahkan tu maksudnya dia penakut. hihi.
# maen bola jaring. cikgu aida paksa. sebelum neh tak pernah maen sebab aku fobia dengan bola. haha.

yang kiri syue, kanan tooten. yang tengah2 paling comel kn ? hihi.

diapit oleh 2 jurulatih yang kacak belaka. oke, itu cuma bodekan semata-mata. haha.

cikgu faiz. mulut dia laser gile woo.

4 dara pingitan fewitttt. ;p

time nehh tengah tunggu mak ayah kitorang datang amek.

snap-snap dulu sebelum balik.

no komen. sebab memang sengal. -.-'

sedang menjalankan tugas. time neh hari melawat so turn kitorang untuk jaga.

cikgu faiz lagi. -.-'

cikgu zakaria kot nama dia. suka nganjeng aku muka pucat time nak wt flying-fox. mana ade sehh. tipu je dia tuh tau. i kuat. ;p

semua cube untuk buat muka comel dan akhirnya terbukti aku lah yang paling comel. hihi.

time nehh sebenarnya semua kena wt muka terencat. tapi muka terencat aku tak jadi kot. haha.

sewel belaka doo. ;p

lengkap semua kawan rapat aku kat sane. :)

hurm, aku keluar lagi awal daripada dorang sebab aku dapat masuk asasi and kena daftar awal. potong stim betol lahh. grr. ade benda yang aku tak dapat buat :
# menembak. nehh yang paling aku teringin nak buat. takde rezeki pulak. haa.
# sukan air. best kot sukan air nehh.
# amek gambar dengan cikgu aida. cikgu kesayangan aku. :)
# wirajaya. erm, benda lah nehh kena tido dalam hutan kot. aku tak pernah camping tido dalam hutan kot so ape salahnya sekali-sekala nak rase kan.
# hari kebudayaan. aku dah plan dah sehh time nehh nak pakai lawa2 ape semua. haha.




***wehh, sorry aku tak dapat datang reunion 09/10/2010 harituh. aku takde transport. JB dengan Kluang bukannya dekat. nak drive sendiri memang aku taktau lahh jalan pergi sana. and ada hal sket lahh so memang tak dapat pergi actually. sorry ehh. miss you girls... :)

Sunday, October 17, 2010

MESTI JADI ORANG LAST YANG TAHU. GRR. :)


tadi kat facebook ada kawan tuh cakap lagi 2 minggu result final exam keluar.
jeng jeng jeng..
what ? cepat gila kot.
yang paling sadisnya kan, aku mesti jadi orang paling last tau pasal hal2 uitm.
aku taktau tarikh tutup pendaftaran kolej bile.
tiba-tiba dimaklumkan esok tarikh last.
apa lagi, macam lipas kudung lahh aku pergi isi borang pendaftaran kolej tuh.
maklumat semua tuh entrah betol entah tak.
maen taram je ikut suke hati aku.
if maklumat salah dia takkan sue aku kan ? hee.
sekarang nehh rasa lega gila dah selesaikan pendaftaran kolej. fuhh..
asyik tangguh je dari berminggu-minggu yang lalu. haha.
hope permohonan kolej aku berjaya lahh. amin3.
kalau tak berjaya alamatnya terpaksa lahh aku carik rumah sewa next sem. -.-'
uitm, please don't be so cruel toward foundation students, can you ? T_T





Tuesday, September 7, 2010

UCAPAN RAYA 2010. :)

assalamualaikum semua. *oke, aku tibe2 macam islamic.hee. nampak tak gambar kat atas neh ? aku buat khas untuk korang. cantek tak comel tak ? mestilah cantek kan sebab aku yang buat sendiri. ececeh poyo je aku nak puji diri sendiri. tolong jangan buat muka menyampah eh bila tengok aku masuk bakul angkat sendiri. aku tau lah korang boleh buat lagi lawa kan. haha. btw, korang boleh click gambar nehh untuk tengok dengan lebih jelas. aku ada beberapa ucapan raya untuk beberapa ketegori orang yang berbeza. hehe.

budak-budak asasi undang-undang uitm shah alam especially LWP01D:

aku rasa kan. korang semua classmate yang sangat2 lah baek. takde banyak sangat konflik macam class laen. ke memang banyak konflik cuma aku je yang tak tau ? hehe. maafkan aku if aku ada saketkan hati korang tanpa disedari. aku manusia biasa yang tak lari daripada membuat kesilapan. maafkan aku tak ? okayy, aku anggap je korang dah maafkan aku. korang kn baek ? hikhikhik. AND credit to our class representative, ACHAI sebab kadang2 ssh je pergi fotostat, angkat kertas yang berat2 tu semata2 sebab nak bagi notes tu kat kitorg. aku amat hargai tu. betol lahh, tak tipu. selamat hari raya ehh korang. hope next semester akan dapat satu class dengan korang. :) IMPORTANT : JANGAN LEKA SANGAT BERAYA. INGAT, FINAL EXAM KITA RIGHT AFTER RAYA. SPOIL MOOD RAYA JE KAN ? GRR.

roomate paling gempak:

anies gemok mok mok, sheera ketot tot tot, maryam jidin, alya papan lapis and haszy. HAHA. awal2 lagi aku dah TERkutuk korang kan. tapi korang tau aku tak maksudkannya kan ? aku gurau2 jelah selama nehh. korang jangan amek hati ehh. jap, korang memang tak patut amek hati sebab korang pon panggil aku gemok. SERI . hehe. aku takde banyak sangat ucapan kat korang sebab sebelum balik haritu aku ade buat handmade kad raya khas untuk korang. korang ada bace tak ? hope korang ada bace. :) serius korang roomate yang paling best and suke offer aku makanan. mane lahh aku tak gemok dok dalam bilik tu ? ;p hope next sem akan still dengan korang. susahlah nak dapat roomate mcm korang. hee. SELAMAT HARI RAYA ehh. :)


orang yang aku paling rapat kat uitm :
dalina, emira and yaseyn. yeahh itulah dia orang yang paling rapat dengan aku kat sini. sorry ehh if ade terpukul korang kuat2. korang macam tak biase je kan kena pukul dengan tangan berisi aku nehh. hihi. thanks jugak sebab bekerjasama and banyak tolong dalam menyiapkan assignment aku and group. nanti aku belanja korang ehh. belanja SKYJUICE. ehehehe. SELAMAT HARI RAYA. :)

kawan-kawan rapat :
nur laili, alim aisyah, ezza suliana, athirah baharudin, nurul aqilah, nur aida, nurhayati nabihah, nurul hidayah. rindu tau tak dengan korang. sekarang semua dah ikut haluan masing-masing2. ade yang amek asasi, amek diploma, matrik and kolej swasta. betol lah oang cakap, kita takkan rapat macam dulu lagi. kita cuti selalu tak same kan ? ciss bedebah. grr. rindu nak pukul korang, dgar lawak korang, hang out dgn korang, snap gmbar same2. nostalgic woo. nanti time cuti panjang kite spend time same2 tau ? :) maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ade buat salah dengan korang. maafkan aku tao. sob sob sob. ;( okelah, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN TIDAK DILUPAKAN, BATIN. hee.




Sunday, August 29, 2010

MINGGU YANG PADAT. :)


to-do-list :


forum about love or friendship ? (monday)

assignment BEL 313 (thursday, maybee ? )

portfolio MTC 012 ( tak tau bile but yang penting this week kot. hee)

portfolio BEL 313 ( this thursday )

speaking test
(this week) *yeayy memang matilah aku kan tergagap2. haha.

critical thinking test
(this week) * err dorang cakap yang nehh untuk final exam. yeke wehh?






Wednesday, July 28, 2010

CRITICAL THINKING. :)



buku critical thinking. senang gile kot subjek nehh. haha.


aku pun taktau lahh kan apa yang tak kena dengan aku nehh. aku rasa macam tak senang duduk je tiap-tiap kali aku masuk kelas nehh. lecturer tu aku tak nafikan memang baik tetapi malangnya her teaching skill is not as good as her.*bkn nk kutuk. :) situasi nehh mungkin disebabkan oleh beliau nehh baru first time kot ajar subjek nehh so beliau macam...ntahlahh macam mane nak cakap ehh. or maybe sebab memang subjek nehh susah mcm taikk lahh kot. haa. tak paham duhh! alhamdulillah first assignment for this subject dah siap hantar ape semua. but now terseksa dengan second assignment and tak lupe juga forum untuk subjek nehh. *belum start buat pun lagi.hihi.


hasil kerja dalina time lecturer tengah mengajar subjek nehh. cantekk tak ? ;p


gelagat puan rusilawati, lecturer critical thinking. most of the time dia suke bercerita and cakap sket2 pasal agama kot. haha




tak confident dengan subjek neh. :)




Tuesday, July 20, 2010

KERANA GELAK. :)


Pada malam yang sunyi *cehh ayat nak skema kan.haha , tiba-tiba je budak sorang ni call.

Aku : Hello hello hello !
Dia : -waktu ni aku tak dengar apa-apa suara-
Aku : HELLO ! -aku cakap lah hello lg sekali sebab maybe dia tak korek telinga setahun kot.babe,jgn mara.hihi-
Dia : Hah, yana.
Aku : Apsal kau call wehh ?
Dia : Saje je sebab aku rindu kat kau. HAHA.
Aku : -tiba-tiba je aku rasa macam nak gelak sekuat hati.sape yang dah lama kenal aku mesti tau kan aku gelak versi mane?haha-
Dia : -Suddenly dia ketawa macam kene rasuk.haha-
Aku : Wehh apsal kau gelak ? *sambil ketawa-ketawa.
Dia : Takde, aku dah lame tak dengar kau gelak mcm tu duhh. HAHA.
Aku : Wehh kau bukan ade test ke esok ?
Dia : Ha'ah lahh.
Aku : Habis tu apsal ko call aku wehh ? HAHA.
Dia : Kan aku dah cakap tadi yang aku rindu kat kau. HAHA. Dah lah wehh.
Aku : HAHA. wehh good luck esok.

Maka dengan itu berakhir lahh perbualan kitorang yang tak seberapa tu. *Wehh budak, thanks sebab call aku malam tu. Kau da berjaya menggeletek aku dengan ketawa tak ingat dunia kau tu. Macam tau-tau je aq tga down kan. hihi. Ehemm ehemm, aq tengok kau happy je kan. aku tau sebab ape. ko takk payah nak nafikan. wekkk. ;p semoga berbahagia dengan TUTTTTTT. muahahahaha.



dengar orang ketawa bole membuatkan
kita happy and mungkin jugak membuatkan
kita melupakan segala kekusutan yang
melanda. :)