Saturday, June 25, 2011

IPGM : MINGGU ORIENTASI. ^o^

assalamualaikum. ^o^

seriously minggu orientasi ialah minggu yang paling aku benci sepanjang hidup aku. jap jap, ada ke orang yang suka minggu orientasi ?abnormal betol. ekekeke. 

HARI PERTAMA (20.06.2011)
aku start mendaftar pada pukul berapa eh ? dekat-dekat pukul sepuluh kot. lambat sket sebab tersesat pergi IPG kampus pendidikan khas, padahl aku pendidikan teknik. hehe. lepas tuh macam biaselahh angkat barang kemas-kemas semua kat bilik. memang dugaan. why every time aku mesti dapat kolej kediaman yang paling jauh and paling atas eh ? nate btol. saje letteww nak bagi aku kurus. ekekeke. malam ade taklimat berkenaan dengan minggu orientasi. diwajibkan memakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung bawal putih. okayy, semua tuh aku tak bawak. sengal ! haha. untuk sesi ice breaking plak boleh lahh dikatekan best. setiap kumpulan kena bagi wakil untuk suara paling merdu and paling comel. aku jadi wakil untuk paling comel tapi TAK MENANG ! budak lelaki yang buat aksi nyah plak manang. kalau tau aku pon nak buat aksi nyah sehh. siott. haha.

HARI KEDUA (21.06.2011)
aku bangun seawal 4 pagi untuk mandi. first time you know !! haha. dalam jadual tulis pukul 5 pagi kena pergi surau jadi aku bangun lah awal kan. last-last pukul 5.45 baru start program kat surau. cisss sengaja letteww nak aku bangun awal. aku siap sempat online lagi. pagi-pagi buta line wifi laju gilos. hehe. lepas dengar kuliah subuh*aku berbual.hihi* kena pergi riadah. kena lari satu maktab yang luas tuh. gile ke hape ? grr. balik-balik semua sakit kaki. petang plak main bola jaring. err aku tak pandai main pon. fobia pada bola. haha. ini boleh dikira kali kedua aku main bola jaring. aku terjatuh time main tuh. saket pinggang aku tau. ;( cisss. malam tuh ada sesi dengan senior-senior. aku lambat dalam 2-3 minit. and akibatnya aku kena MENARI sorry sorry kat atas pentas ! fuhh itu dugaan. bengang okayy ! maaf eh senior-senior sebab TERmencarut dalam hati time tuh. :)

HARI KETIGA (22.06.2011)
macam biasa kena bangun awal pagi pergi smayang kuliah subuh. tapi this time aku sengaja datang lambat. nasib baek tak kena denda. ekekeke. lepas tuh macam biasa lahh ada taklimat taklimat dan taklimat lagi. aku tak dengar sangat pun sebab mata aku betol-betol lagi 1mm je nak tertutup. hehe. malam tuh senior-senior konon berlakon lahh mara-mara and siap baling kerusi lagi. dorang panggil beberapa orang budak naek pentas dan mara sampai dorang nangis-nangis. elehh macam lahh tak nampak korang curi-curi ketawa. haha. banyak jugak lahh aku nampak orang yang sekeliling aku nehh nagis-nangis. dorang kesian kot tengok budak-budak kena mara atas pentas. aku ? err sebab aku dah nampak senior tuh curi ketawa kot plus aku memang keras hati jadi tak ternanges pon. rupa-rupanya tuh surprise party untuk orang yang kena mara atas pentas tuh. dorang kena baling tepung semua. okayy, first time aku alami benda nehh depan mata. pengalaman yang jarang aku jumpa. :) lepas tuh terus berlatih untuk majlis apresiasi pelajar untuk esok hari. kelas aku dapat drama musikal dan kemudiannye diubah menjadi sketsa.

HARI KEEMPAT (23.06.2011)
bangun awal pagi untuk pergi kuliah subuh. harineh aku datang lagi lambat daripada hari-hari sebelumnya. siifat pemalas dah mula terserlahh. hehe. riadah pagi lagi ekstreme kot. lari keliling padang and buat starjump hampir 50x. serius semput nak mampuihh time tuh. kitorang start berlatih untuk sketsa untuk majlis apresiasi. aku memegang watak sebagai cikgu yang innocent dalam sketsa tuh. dorang cakap muka aku innocent ? HAHA. petang tuh start buat persembahan. malangnya kitorang hanya dapat no.3. senior-senior semua fikir kitorang yang menang. tapi takpelahh. menang kalah adat pertandingan kan ? just for fun. :)

HARI TERAKHIR (24.06.2011)
pagi nehh aku bangun lambat sebab takde kuliah subuh. yahooo ! hehe. lepas sarapan terus pergi taklimat penyelaras program. taklimat nehh untuk bagitau tentang subjek-subjek yang perlu dipelajari, berkenalan dengan lecturer. baru aku tau TESL nehh special sket. kos laen ade exam pada setiap sem tapi TESL hanya akan ada final exam pada sem yang ke3. special kan ? hihi. tapi disebabkan tuh, TESL jadi susah sebab ape yang dipelajari pada tiga2 sem semua masuk pada sem3. jenuhh gua nak baca buku nanti. -.-' akhir sekali majlis penyerahan kad matrik. hoi, nape gambar kad matrik nampak skema gilos dan gelap ? HAHA. lepas abes majlis kitorang amek gambar kelas sebagai kenangan. maka berakhir lahh minggu orientasi. :)


overall minggu orientasi kat IPGM memang best ! ^o^

Wednesday, June 15, 2011

UITM ? AKU TAK RINDU, AKU RINDU.

benda yang aku takkan rindu sepanjang bergelar pelajar asasi :
1. assignment berlambak-lambak.
2. penat mendaki tangga. *kelas selalu dekat tingkat yang paling atas.
3. berebut berhimpit nak naik bas pegi fakulti.
4. buku undang-undang yang mahal nak mampuihhh.
5. kena fluent english HAHA.
6. bilik aku tingkat paling atas.
7. mesin basuh selalu rosak.
8. kelas sampai pkol 6.00pm.
9. elaun sket sangat HIHI.
10. banyak godaan berbelanja *abes elaun licin.
11. almari kecik sangat.
12. subjek law yang susah nak dihafal.

perkara yang aku akan rindu sepanjang bergelar pelajar asasi :

1. pergi karaoke sama-sama dengan budak kelas walaupun satu lagu pun aku tak nyanyi. * segan kot suara tak sedap. hehe.

2. beli tiket bas, tunggu bas, kutuk pak cik bas sembelit lahh cirit birit lahh sebab lambat sampai, dan naik bas sama-sama dengan dalina untuk balik JB. al-maklum dua-dua pon homesick. hihi.

3. pergi berkayak di tasik shah alam dengan emirot, dalinot dan jihot. bau tasiknye fuhh sungguh 'menyenangkan'. overall kayak memang best ! ;p

4. amek gambar pura-pura tengah buat props untuk presentation drama semata-mata untuk dapat markah lebih dalam markah kerjasama kumpulan. HAHA.

5. merantau ke negeri sembilan untuk menyempurnakan tugasan drama. alhamdulillah hasilnya memuaskan. tak sia-sia tak balik cuti thaipusam untuk siapkan drama. :)

6. berjalan kaki ke fakulti. oke, itu kadang-kadang fun. tapi mostly memang memenatkan ! hihi.

7. buat discussion malam-malam dengan satu kelas untuk drama subjek LAW2. benda nehh yang banyak membantu aku dalam subjek nehh. :)

8. debate. aku akan rindu saat-saat debate tuh. seriusly kat uitm lahh first time aku debate. memang pengalaman yang berharga ! fikir senang ke nak debate huh ? ;p

9. berposing dalam kelas sementara tunggu lecturer sampai. nehh yang paling aku suka ! hihi. memang contoh pelajar cemerlang kan. -.-'

10. public speaking. yang nehh susah sebab aku bukan jenis yang pandai untuk grab attention orang. susah lahh kot gile !

**special thanks to dalina, emira dan yasen sebab banyak membantu aku dalam kebanyakan assignment. tanpa kerjasama dari korang kita takkan dapat markah yang agak tinggi dalam assignment berkumpulan kite. and korang je orang yang sekepala dengan aku kat sane. double thanks to emira sebab selalu teman aku pergi mana-mana setelah dipaksa. haha. triple thanks to dalina sebab ko memang banyak tolong aku kat sana(aku malas nak mention, banyak sangat. hehe) especially sem02. thanks korang. ;)

AT LAST, MUET.. :)

serius aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan keputusan kali nehh. tak sia-sia aku repeat. hmm, tujuan sebenar aku repeat hanya untuk melayakkan diri untuk sambung ke ijazah sarjana muda undang-undang. pihak uitm telahh menetapkan band 4 sebagai syarat minimum. nampaknya impian untuk bergelar graduan undang-undang tak tercapai disebabkan aku dah buat keputusan untuk tak teruskan lagi di uitm. sobs sobs kecewanyee. ;( okelahh, goodbye uitm and welcome IPG. :)

p/s : muet nehh hanya sah untuk dipakai dalam tempoh 5 tahun sahaja. aku kena amek semula ke kat IPG nanti ? tidakkkkkkkk.

Friday, May 27, 2011

10 THINGS ABOUT ME

.JOM MULA. :

1. tak suka orang panggil nama aku sesuka hati.
nama aku nur liyana binti jamaludin dan boleh dipanggil yana atau nana. aku paling tak suka if orang panggil aku dengan nama-nama macam NOR, YAN, YAYA ke. janggal lahh. -.-' maybe kat tempat belajar yang baru nehh aku nak tukar nama panggilan aku jadi LEEYA plak. kn senang nak sebut. kikiki. :P


2. anak kedua dan yang paling comel. HAHA.
ada satu kakak, satu adik perempuan dan satu adik lelaki. dan antara semua tuh aku paling tinggi. * nada bangga*. aku harap aku ade sorang abang kandung dan paras rupa dia mestilah handsome. nanti boleh amek gambar romantik sama-sama. biar orang lain jeles. hihi.

3. suka membuat aktiviti yang sangat 'berfaedah'.

hobi aku ialah makan dan tidur. pantang ada masa tu jelah aktiviti berfaedah aku. berfaedah lah tuh sebab makan bole mengenyangkan perut dan tidur bole hilangkan ngantuk. hehe.

4. handphone bagaikan boyfriend kedua aku.
jenis yang tak bole nak berenggang dengan handphone tersayang walaupun takde mesej dengan sape2 time tuh. seriously kadang-kadang nak masuk tandas pon aku bawak. sebab tulahh jatuh dalam lubang tandas. hahaha.

5. nampak sombong dan pendiam sejak dari azali lagii.
first impression orang lain kat aku biasanya is sombong. almost setiap orang kot yang beranggapan macamtuh ? pelik jap aku. aku punyaa lahh peramah. ape sehh dorang nehh. aku actually bukan sombong cuma kurang suka bercakap dengan orang yang aku tak berapa kenal. siapa yang rapat dengan aku akan tau yang aku nehh peramah sebenarnya. hehe.

teringin nak belajar kat fakulti nehh lagi. :')

6. tak mudah rapat dengan seseorang.

macam dalam 100 orang tuh maybe aku akan rapat dengan 1-2 orang je. tak ramai yang sekepala dengan aku kot. tak ngam dengan jiwa nehh. plus, aku tak banyak sangat cakap kan. hehe. jadi siapa yang rapat dengan aku tuh kira bertuah kot. huahuahua.

7. agak penakut.
aku tiba-tiba jadi penakut sejak aku masuk uitm kot ? haha. dulu aku takut sket2 je. sekarang perasaan takut tuh makin bercambah. sebab dulu time kat uitm aku pernah alami kejadian yang menyeramkan bagi aku. betol-betol time minggu final exam. dugaan betol. sejak tuh kalau tidur sorang aku tak berani nak tutup lampu. kat kolej tak berani nak pergi tandas sorang-sorang time malam. hehe.


8. kuat berbelanja.
ini yang hampir semua orang cakap. cuma ade sorang budak tuh je cakap aku berjimat cermat. aku berjimat cermat time wallet aku macam tak berapa nak ada duit je kot ? hihi. elaun asasi aku sekejap je dah abes. aku rasa aku banyak belanja beli makanan je kot daripada benda laen. dan kebetulan time tuh aku tengah gila baju shawl and reben yang orang pakai kat shawl tuh. pokaiiii ! hehe.

9. allergic dengan seafood dan habuk.
disebabkan aku allergic dengan habuk, ayah aku tak bagi aku menyapu. dah lama jugaklah aku tak menyapu. sebab tulahh kalau orang lain tengok aku menyapu dorang akan terkekek-kekek ketawa. -.-' hehe. seafood especially ketam, spesies kerang dan udang memang pantang kot. nanti bibir akan bengkak macam angelina jolie. tapi aku bantaiii je makan ! :P

10. digemari pakcik-makcik. HAHAHA *ayat mintak pelempang*

agak ramai kot pakcik makcik yang nak kenalkan aku dengan anak dorang ? maybe sebab depan dorang aku perangai baik sket kot. pijak semut pon tak mati. haha. hope-hope bakal mak mertua pon begitu jugak. hihi. oke, actually dah takde idea. serius macam nak mintak pelempang berjemaah. -.-'

.TAMAT DAHHH.

Sunday, April 24, 2011

I GOT THE INTERVIEW. ^o^

baru-baru nehh aku ada mohon untuk sambung belajar dekat _____ . alhamdulillah aku dapat temuduga dia. bersyukur sangat-sangat. atleast ada jugak berita baik yang boleh aku dapat setelah berterus-terusan asyik dapat berita buruk je memanjang kan. sudah takdir nasib ku begitu. nak buat macam mane kan. sob3 ! T_T

temuduga tuh rabu nehh iaitu 27/04/2011. tapi malangnya aku lupa nak buat essay untuk temuduga tuh sebab aku baru nampak harinehh. tu pon lepas mak aku bagitau. haihhh cuainya aku. nasib baik lahh nampak. kalau tak nampak memang hancur lahh kan. taktau sempat ke tak buat. sape-sape boleh tolong tak ? :P

wish me luck yaww. nervous giloss. ^o^

Saturday, April 9, 2011

USOP PON DAH ADE SOCIAL NETWORK SENDIRI LAHH WEHH. ^o^


nampak tak ape yang aku nampak kat gambar atas nehh ? HAHAHAHHAHAHHA.

Sunday, March 20, 2011

TERLEPAS DARI SANGKAR


akhirnya aku dah berjaya menghabiskan pengajian sebagai pelajar asasi undang-undang. oke fine, maybe aku tak patut guna istilah "berjaya" tuh sebab belum tentu lagi berjaya atau tidak. wakaka. secara jujurnya aku teramat lahh gembira sebab kehidupan asasi aku dah tamat. kehidupan asasi agak menyeksakan actually. aku dah belajar macam-macam benda kat sana. dan kat sana jugak aku jumpa macam-macam jenis orang. yang baik, yang hipokrit, yang handsome yang cantik, yang gay(hihi), yang bermacam-macam loghat. semua lengkap. hehe. banyak kenangan manis dan duka aku kat sana. aku akan ingat segala kenangan tuh sampai bila-bila. serius. :)



overall final exam kali nehh ______. taktau nak komen ape. yang lain semua oke i think except eco and law3. sumpah rase nak mencarut time tengah menjawab. haha. alamatnya memang kembali ke shah alam lahh kan bulan 4-5 nanti. mintak dijauhkan sangat-sangat. btw, aku tengah pening pasal nak mohon course apa. course yang aku minat semua takde kat uitm. how ? :DD

dengan rasminya aku telah berada di johor bahru dan bersedia untuk mengambil muet. ^o^