Saturday, April 9, 2011

USOP PON DAH ADE SOCIAL NETWORK SENDIRI LAHH WEHH. ^o^


nampak tak ape yang aku nampak kat gambar atas nehh ? HAHAHAHHAHAHHA.

Sunday, March 20, 2011

TERLEPAS DARI SANGKAR


akhirnya aku dah berjaya menghabiskan pengajian sebagai pelajar asasi undang-undang. oke fine, maybe aku tak patut guna istilah "berjaya" tuh sebab belum tentu lagi berjaya atau tidak. wakaka. secara jujurnya aku teramat lahh gembira sebab kehidupan asasi aku dah tamat. kehidupan asasi agak menyeksakan actually. aku dah belajar macam-macam benda kat sana. dan kat sana jugak aku jumpa macam-macam jenis orang. yang baik, yang hipokrit, yang handsome yang cantik, yang gay(hihi), yang bermacam-macam loghat. semua lengkap. hehe. banyak kenangan manis dan duka aku kat sana. aku akan ingat segala kenangan tuh sampai bila-bila. serius. :)



overall final exam kali nehh ______. taktau nak komen ape. yang lain semua oke i think except eco and law3. sumpah rase nak mencarut time tengah menjawab. haha. alamatnya memang kembali ke shah alam lahh kan bulan 4-5 nanti. mintak dijauhkan sangat-sangat. btw, aku tengah pening pasal nak mohon course apa. course yang aku minat semua takde kat uitm. how ? :DD

dengan rasminya aku telah berada di johor bahru dan bersedia untuk mengambil muet. ^o^





Thursday, February 24, 2011

FINAL DEBATE ^o^

hai anda anda dan anda semua !
aku nak cerita sket pengalaman aku debate harituh. debate nehh lain sket kot aku rasa sebab nama dia PARLIAMANTARY DEBATE. aku pun taktau apa beza dia actually sebab waktu zaman sekolah aku mana lahh pernah debate-debate nehh kan. hihi. yang nehh kira markah untuk final untuk subjek nehh. subjek nehh takde paper final exam macam subjek-subjek lain tapi dia punya exam ialahh benda-benda yang memerlukan kita speaking macam public speaking, debate, forum etcetc.

alhamdulillah lahh markah aku kira oke lah jugak sebab aku rasa ada yang lebih teruk dari aku. nampak macam sengaja sedapkan hati sendiri kan ? ^o^ haha. aku rasa dah oke kot, lecturer cakap kelemahan aku ialah aku membaca. debate kan kena spontan je bercakap. okelahh, jom kia tengok gambar-gambar je. video rasa macam ada seseorang tuh rakam. nanti lahh baru mintak dengan dia. ^o^

















aku agak down lepas habis debate nehh actually. aku tau aku boleh buat better than this kot. tapi takpelahh, past is past kan ? ^o^ tadi test ekonomi, aku rasa aku buat silly mistakes bahagian pengiraan tuh. kalau tak mesti dah dapat fullmark. HAHA. gurau je ehh. btw, agak happy dengan assignment outline and first draft aku untuk second term paper. thanks madam zaamah. :o


Friday, February 11, 2011

DEBARAN AKHIR

aku dah dapat dah jadual untuk final exam aku. rajin kan aku bukak student portal ? HIHI. ke aku orang last yang tau jadual final exam nehh dah kelua ? haha. tadaaaaaaaa inilahh jadualnya :

thursday 10/03/2011, mtc037 intro to law 2 (9.00-11.00am)
saturday 12/03/2011, mtc039 socail psychology (9.00-11.00am)

monday 14/03/2011, mtc087 intro to law 3 (9.00-11.00am)

wednesday 16/03/2011, mtc088 global issues (9.00-11.00am), mtc012 intro to law 1 (2.00-5.00pm)

friday 18/03/2011, mtc 099 economics (8.30-10.30am)


paham tak maksud yang tersirat ? maksudnya sabtu 19/03/2011 tuh dah boleh balik JB yeayyy yahooo ! seriously tuh saat yang paling aku nantikan untuk blah dari asasi nehh, untuk balik kampung halaman (kampung lahh sangat kan poyo hihi). nehh berita baik kan ? :)

TAPI! itu jugak bermaksud aku hanya ada mase dalam beberapa minggu je lagi untuk study. oh my god oh my god. mati lahh gua kan. satu hape pon gua tak sentuh lagi nehh. haihh ape nak jadi sehh. sempat ke habiskan semua chapter ? hurmm :| oke stop cakap pasal study, kite cakap pasal assignment plak. hellooooo banyak lagi oke !

presentation, summary, slide, CD for global issues. (hampir siap rasenya yeayy)
legal topic essay (baru start outline ha ha ha)
debate (oke belum buat research yang mendalam. btw, tau tak ape tuh ISA ? -.-')
persuassive speech (belum buat text lagi untuk dihafal bolattt bolatt)
psychology roleplay (cuma tinggal untuk present sahaja)
take home test law 2 (lecturer bakal bagi errr or lecturer dah bagi ehh?)
presentation and paperwork law 3 (yang nehh confirm mati sebab......oke,salahkan diri sendiri kerana bernasib sebegitu)

see, dengan begitu banyak assignment patut ke aku happy asasi lagi bape minggu je lagi nak abes ? ^o^ debaran dah mula terasa. yana, go go go !

Sunday, January 9, 2011

IT'S NOT THE END OF THE WORLD LAHH !

tahun 2010 bukan tahun yang bertuah untuk aku. kenape ? sebab terlalu banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. bukan lahh accident ke ape tapi memang kebanyakan perkara tidak berjalan seperti yang sepatutnya. haihhh. oke, sekarang dah tahun 2011 kan. kita tutup buku lama, kita bukak buku baru. permulaan tahun 2011 je dah ada perkara yang buat aku sedih. hidup aku nehh kadang-kadang menyedihkan. haha.



macam yang dalam gambar kat atas nehh, aku memang dah dapat result muet. maybe bagi orang lain band nehh dah cukup dah untuk sambung mana-mana degree. tapi untuk kos yang aku plan nehh maybe tak cukup. law oohh law, apsal lahh kau demand sangat nak band yang tinggi bak langit ketujuh tu huh ? grr. sedih jap. oke, pembetulan. sedih gile-gile kot. takpe, aku try lagi sekali. kali nehh aku confirm aku dapat higher band. cewahh confident je kau ! haha.

oohh ye. ade khabar angin yang mengatakan result yang kite check online tuh kadang-kadang tak betul. contoh macam dah banyak dah budak yang check online dapat band 4 tup tup bila slip exam sampai rumah tengok-tengok dapat band 3 je. omg sedihnya ! dah happy melompat-lompat dapat band 4 tibe-tibe dapat tau dapat band 3. melalak lahh kau !



aku akan cuba untuk masuk ke faculty of law nehh once again walaupun aku tak suka law dan tak pandai pon pasal law nehh. haha. :P ini bukan permulaan yang baik untuk tahun 2011, tapi aku akan pastikan ianya berakhir dengan baik, atau lebih tepat, sempurna. and i will try to get a higher band and CGPA. insyAllah. :)



Saturday, December 11, 2010

PHOTOSHOOT. TEMA ? CLOWN KOT. HIHI.

photoshoot untuk students group D foundation of law. fun gile lahh kot ! nape ? sebab dapat main dengan rambut palsu and props yang bengong-bengong tuhh. -.-' okee jom tengok gambar ehh. :P


freestyle babeh. :p

bestfriend. :)

errr macam badut ? :P

bakal-bakal lawyer nehh. cewahhh yeke ? insyaallah. :)

memang asyik muka bertiga nehh jelahh kan. -.-'

muke penuh dengan NUR. hihi.

***okelahh, setakat nehh je. saje nak update sementara tunggu giliran. giliran aku buat kerja plak. sampai bile lahh nak abes. hee.



Saturday, December 4, 2010

TRY AND YOU WON'T REGRET IT !

assalamualaikum semua ! hai ! harituh kan time class english ade buat satu aktiviti yang aku rase sangat best kot. oke, name je pelajar asasi undang-undang tapi lebih kepada belajar english kot. dia patut tukar nama jadi asasi bahasa inggeris maybe ? -.-'

try to read and pronounce every words correctly and sharply ! okayy, you can try it now :

" i wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, i won't wish the wish you wish to wish. "

" clean clams crammed in clean cans. "

" gobbling gorgoyles gobbled gobbling goblins. "

" how much ground would a groundhog hog, if a groundhog could hog ground ? a groundhog would hog all the ground he could hog, if a groundhog could hog around. "


haahhh berbelit tak lidah korang nak sebut satu-satu benda alah kat atas nehh ? korang boleh tak jangan nak cuba-cuba menipu dengan mengatakan TIDAK. haihhh berdosa tau tak tipu-tipu nehh. :P pastu mesti ada yang perasan yang korang dah sebut dengan begitu smooth and perfect sekali kan ! nehiiiiiii oke. orang yang betul-betul teror je boleh sebut dengan smooth kot. sebutan dia memang kena jelas "-s" "-ed" "-th". mampu tak ? :P

btw, name benda alah nehh tongue twister. memang fun bile dengar classmate aku semua sebut. aku lahh yang tukang ketawa lebih-lebih. haha. tapi keadaan menjadi tak fun bagi aku bile aku plak yang kena sebut. hihi. takkanlah aku nak ketawakan diri sendiri kot ? :P